Khamis, 4 Ogos 2016

Tanda-tanda keguguran diawal kehamilan

Assalammualaikum dan selamat malam :)Ingat tak cik na janji nak story pengalaman keguguran anak ke2 cik na..okay kat bawah ni cik na sertakan tanda-tanda dan apa yang terjadi pada diri cik na sendiri..harap2 semua ibu2 dan bakal ibu boleh menambah informasi bersama-sama okay:)


**cik na hamil kali ke2 pada (7 ogos 2015) selepas 5 tahun berhenti merancang,
(anak 1st cik na 8 tahun sekarang,start dari dia lahir,sampai umur 3 tahun sahaja,cik na merancang..ada masa try makan ubat,pernah sekali masuk alat yang kat rahim tu..but,sekejup je dalam 2 hari..sbb rahim jadi sgt2 sakit..dan benang dia terkeluar kat tut2..boleh nampak pulak tue..huhu ngeri!!pastu cik na just merancang gitu2 je :P)

Tapi nak buat macam mana rezeki tak de dalam waktu yg sgt2 lama ni..cuma tahun lepas cik na happy sgt2 lepas test urine positif..masa tu pukul 3 setengah pagi,cik na dpt rasa kelainan pd bulan tu,sbb suhu badan sgt2 panas..dan dah lewat 4 hari..cuma cik na x brani nak test awal2,takut kecewa..{walaupun dah biasa test tiap bulan kalo lewat then kecewa :P}hahaha...

Pagi tu cik na tak bagi tahu lagi pd en suami,esoknya cik na ajak en suami pergi breakfast kat luar,masa dalam kereta,cik na ckp lah nak g 7E,ada barang nak beli..so en suami tanya la barang apa la..pastu..dah si soal siasat cik na pun story la kt en suami..cik na ckp la pagi td ada buat test,positif..masa tu tgk muka en suami..tersipu2..senyum sampai mulut pun tak bleh ttup..asyik sengeh je..hahaha..tp cik na ckpla..jgn confident sgt..t kecewa..thats why nak beli yg bagus sikit pregnent test tue..then en suami beli la yang CLEAR BLUE,tapi bukan yg digital..yang keluar simbol (-/+) tu je..pastu en suami ckp la..patutla ajk g breakfast kat luar..selama ni bukan main ssh nak keluar breakfast :P

Sampai kat umah,cik na terus je test..mmg positif..huhu..happy tak tahu nak cerita,tersenyum sorang2..ye la dah brapa tahun tunggu..en suami lagila..terus jadi lagi carring..hahaha..punya la xcited..sampai ajk g klinik untuk double conform..sampai 1st klinik..(dua klinik pergi hoho)
doctor lelaki melayu..hurmm..tanya2..test..negatif!!huhu..padahal baru test pagi tadi..tak pun dia kata sbb awl lagi..dlm 4@5 weeks..dia scan..kata tak nmpk,tapi rahim mmg menebal,dia suh tunggu lagi 2 weeks.Dsebabkan tak puas hati,cik na g second klinik.
(xcited lebih tahap melampau)hehehe...doctor india perempuan pulak..dia tanya sakit apa..so cik na terus cakap nak cek untuk prengnent..pastu dia pun nak buat urine test..but cik na kata dh buat..tapi pagi tadi positif,but baru2 tadi negatif.
(cik na tak bg tahu la baru g klinik td..malu la.. ;P )
then doc tu cek nadi,tekanan darah..and dia kata mmg 90% cik hamil..so maybe sbb baru lagi,hormon masih tak tinggi...lega la cik na bila dengar mcm tue..huhu

Kegembiraan cik na terhenti,bila 2 ke 3 hari selepas dpt berita happy tu,malam tu cik na sakit perut dan pinggang sangat2..rasa mcm nak bersalin..fisrt dia sakit kat bahagian kaki dulu..kejang..sampai cik na igt tk ckup kalsium..g farmasi beli kalsium..berhenti sekejup,then makin sakit dalam kul 3,4 pagi..mcm nak putus pinggang cik na,tapi kekejangan mmg teruk cikna rasakan..dr pangkal peha ke bawah...Ya allah ...tak boleh bayang,masa bersalin tak la sakit kaki atau pinggang cm tue..sakit tu cik na tanggung sampaila ke petang hari..dalam pukul 5pm,cik na masih bergulung atas katil,ddk salah berdiri salah,menangis je la sorang..ttbe cik na rasa sakit benar kt bawah rahim..then g toilet..rasa nk PP,tapi tk de,last2..turun darah!!
masa tu Allah je tahu hati cik na..cik na bg tahu en suami,kami g hospital..

Sampai kat kecemasan,diorang wt test la..ambil darah semua,dan doctor gurl tu nak check dari bawah...hoho :(
dia start nak check kat bawah selepas reasult darah dah keluar..cik na tanya la..sy sure pregnent??then doc tu ckp..betul cik pregnent..but reasult sgt2 rendah..maybe sbb baru dia kata..masa dia check bawah,dia kata rahim still closed..okay je..maybe pendarahan awal kehamilan..so dia bg balik dulu..if banyak lagi..terus ke hospital..pas keluar dr hospital,cikna g klinik doctor lelaki tue,story kat dia,then dia bg ubat kuatkan rahim..

Tapi nasib cik na tak baik,pendarahan tu terus keluar..makin banyak,cik na terus g klinik kesihatan,MA kat ctue suruh cikna buat buku merah..masa buat buku merah ..lama la jugak,tanya macam2..baru jumpa doc..dia scan...dah 8 weeks :P
cantik je kantung dia..doc tu kata banyak berehat jgn wt apa2 kerja dlm 2 weeks ni..if ada darah atau mcm tisu2 yang keluar pergi hospital terus..
pendarahan mmg berterusan sampai 2 weeks..sampai masa kena g jumpa doc appoiment tu..dia scan..dah kosong :(
so dah tak perlu cuci..doc bagi vitamin..sayu hati cikna..
dah bertahun-tahun..tapi takpela..maybe itu yang terbaik..Allah dan rancangkan segalanya yang terbaik..so cikna redha..selamat tinggal anakku..jumpa ibu disana nanti..Insayaallah.


** Kat bawah ni boleh la di jadikan info dan rujukan..kut2 sama..cpt2 bertindak ya..mana tahu boleh selamat..lagi cepat kesan lagi baik.



Tanda-tanda keguguran di awal kehamilan


1 ** SAKIT
  Anda mungkin mengalami sakit dan kekejangan pelvis,sakit perut yang berterus atau sakit pada bawah belakang.Sakit mungkin akan berterusan selama beberapa hari sebelum atau selepas pendarahan terjadi.Kekejangan yang kuat mungkin satu tanda KEGUGURAN.
Yang ni cik na rasa kejang kat bahagian kaki,dari pangkal peha ke bawah..paling teruk sebelah kiri..pastu dah sehari dua,baru la naik ke pinggang..mcm nak putus pinggang..ala2 org nak bersalin tue..then baru la sakit memulas kat bahgian rahim..mcm sakit nak sengugut tu...tapi lagi kuat..cuma beza nya berterusan.Cik na rasa tanda ni sebelum pendarahan lagi sampailah betul2 dah keguguran.


2** PENDARAHAN
   Pendarahan faraj yang mungkin bertompok-tompok atau banyak yang menjadi lebih kerap dan sekali sekala.Pendarahan ini merupakan ,salah satu tanda KEGUGURAN,tetapi diingatkan..ia juga boleh terjadi pada kehamilan yang normal.
Pendarahan yang turun tu ala2 mcm period..tapi dia fresh blood..merah jernih..lama2..dah 2 weeks tue baru jadi hitam ketul2 keluar.But ada juga cousin cik na yg jd mcm ni..tapi skrg dh 7 months dh dia..selamat.

3** KEHILANGAN TANDA HAMIL/MENGANDUNG
   Jika badan anda terasa kembali kepada normal,dimana tanda kehamilan seperti mabuk hamil,keltihan,sakit belakang,telah hilang..ia memungkinkan tahap hormon telah jatuh diaman hormon tersebut tidak lagi mengekalkan kehamilan apabila semua tanda kehamilan telah hilang.
Betul sgt la..kan cik na rasa panas sebelum ni..tiba2 panas hangat2 tue hilang je..jd suam2 kuku..mabuk mmg takde dr awal..letih masih ada..cuma cik na dpt rasakan baby dah takde lagi.

4** KETIADAAN DENYUTAN JANTUNG BAYI
    Denyutan jantung bayi,biasanya boleh dikesan melalui ultrasound scan,jika denyutan jantung bayi tidak dapat dikesan,ia mungkin satu tanda bahwa bayi telah mati dan tidak berkembang.
Yang ni cik na tak sure plak..sbb masa scan doc takde cerita pula hal denyutan bayi ni. :)
tapi semua boleh fikir logik je kan..if ada apa2 mesti doc akan cakap pada cik na.

5** TIADA PERGERAKAN JANIN
    Anda harus sentiasa memerhati corak pergerakan bayi anda sepanjang hari,dimana bayi anda mempunyai tempoh waktu tidur,kadang2..ia berkekalan selama 4 jam.Jumpalah doktor anda sekirannya anda tidak merasakan atau kurangnya pergerakan bayi.Pergerakan bayi hanya boleh dirasa dalam antara minggu ke 18 dan minggu ke24
Tak sampai la tahap ni lagi..... :P

6** SAKIT BELAKANG
   Kadang-kadang,ibu hamil akan berasa kekejangan sakit belakang dan ketidakselesaan.Akan tetapi kesakitan yang tajam dan kerap mungkin merupakan kontraksi dan isyarat awal KEGUGURAN.
Sakit belakang mmg of course la cik na rasakan..mmg kuat..sekeliling pinggang..paling teruk pinggang belakang..membawa ke peha..betis.. huuuuuu..rasa dia macam menarik2 semua urat2..

7** UJIAN POSITIF HAMIL BERTUKAR NEGATIF
   Jika ujian diambil pada dua pagi berturut-turut,dimana hari pertama mendapat positif dan kembali kepada negatif pada hari kedua,ia bukan sahaja menjadi tanda KEGUGURAN,ia mungkin sahaja tanda kehamilan luar rahim atau ektopik.
Tepat sekali!lepas dah banyak kali turun darah tue..tiap2 pagi cik na akan test,mula2 ada..esoknya makin kabur..lusa sikit2 je nampak line..last2 hari yg appoiment klinik tu..langsung takde dah double line.. :(
test kat klinik pun negatif dah.

8**LELEHAN FARAJ
  Jika darah ketul dan tisu seperti daging keluar dari faraj,kemungkinan besar KEGUGURAN telah terjadi.
Darah ketul..mmg ada masa seminggu akhir sebelum keguguran,warna hitam..merah pekat,tapi tisu2 macam daging/perut ikan tu mmg tak ada la..sbb cik na gugur secara perlahan tapi pendarahan yg lama..sedikit2..last2 habis semua turun.
cuma satu hari sebelum g appoiment..cik na ada rasa sesuatu mcm benda tersekat kat tut2..g bilik ambil tisu..lap la kan,then ada mcm selaput warna putih jernih..dalam ada benda warna mcm kuning,bulat je..cik na buang aje la..sbb tak tahu apa..family kata tu la janin :(

9** SERVIKS TERBUKA
   Dalam kehamilan sihat dan normal,serviks biasannya kekal ditutup rapat sehingga beberapa minggu sebelum kelahiran bayi,jika serviks anda terbuka dalam tempoh beberapa minggu pertama kehamilan,risiko KEGUGURAN adalah tinggi.
Serviks cik na last check masa kat hospital kecemasan tu je la..pastu mmg tkde check dh kat situ..masa tu tak open pun okay je..

10** PARAS HORMON HCG JATUH
    Badan perlu mengekalkan tahap hormon untuk mengekalkan kehamilan,jika tahap hormon hcg jatuh,pada diawal kehamilan,risko KEGUGURAN adalah sangat tinggi.
Paras hormon sure2 la mmg jatuh..sbb test dah negatif..tanda2 hamil dah hilang..sakit makin berkurang..betul la tu..
sbb hormon hcg yg tggi tanda nya baby dalam keadaan baik,dan berkembang...
so..cik na sah keguguran pada 3 bulan di awal kehamilan ke2 cik na..takpela takde rezeki..harap2 esok2 ada lah ya,
doakan untuk cik na ya..dan cik na akan doakan semua ibu2 yg menanti zuriat dimakbulkan Allah..

Terima kasih bagi sesiapa yang sudi open and singgah di sini
sambil2 share..cik na nk simpan memori ni di sini..untuk anak2 dan keluarga masa hadapan..

semoga kita berjumpa lagi..
di lain ENTRY..maybe kisah berkenaan BERKHATAN pula..
harap2 lah ya..
Assalammualaikum..dan salam sejahtera...bye2

28 ulasan:

  1. Sekarang cik na mcm mana. Sihat ?

    BalasPadam
  2. maaf lambat reply..alhamdullilah skrg dh 34 minggu..baru nak sihat dari alahan..teruk juga kali ni..terima kasih singgah blog saya

    BalasPadam
  3. Assalamualaikum, Bleh x sye tye? Nk g klinik x tkot xde guna..smlm sye de keluar lendir cm jaring..sye pelik sbb klu period sye bru je hbs period 10hr tbe2 kuar drh tp x cm drh period sbb wrne coklat2 merh jd sye tggu jela tkot period ptg tu tgk de kuar cm lendir sye pelik tekan2 cm kenyal de rse bijik2 cket..esknye sye tgk xde kuar drh dh..tp sblm tu perut sye cm de rse pedih2 cket sye xtaw npe jd biar jela sakit tu..smlm de sakit pinggang..tu keguguran gk ke?

    BalasPadam
    Balasan
    1. waalaikummussalam,baru habis period pada 10hb..28 hb dh keluar tanda2 lendir2 coklat..jarak masa 18 hari..tak mungkin itu tanda keguguran,maybe tanda penempelan utk kejadian baby baru😀..mungkin juga sbb saki balik dari darah haid yg belum habis turun tempoh-hari,utk lebih pasti buat la upt/jumpa doktor ya

      Padam
  4. Askum cik na.. sy pon nama samaran cik na.. tanda2 gugur tu pon lebih kurang jd pd sy skrg.. klu ikut sy dah hamil 5 minggu lebih.. silap sy beli buah byk pastu parking keta jauh bejalan.. balik kejang perut n kaki kiri.. esok dan lusanya keluar darah skit2 warna coklat.. hr ketiga terus darah turun.. ketul2 bila sy g kencing keluar lendir bersama darah n ketul darah.. sakit sgt perut.. sedih juga dah 2 thn lebih tungu baby.. mgkin blm rezeki sy lg..lepas ni sy kn beringat tak blh angkat berat2 lg..

    BalasPadam
    Balasan
    1. waalaikummussalam,tu la nxt time jangan angkat benda berat2 ya cik na,sbb kdg2 ada org dia okay ada yg tak tahan,rahim tak kuat,mmg sakit kalau keguguran ni,tu la..in sha allah..nxt time jaga kandungan yg penting jaga diri dlu baik2 ya😉

      Padam
  5. Saya ida.. saya hamil ank no.3,
    dan dh nk masuk 9mnggu saya x taw la knp la sakit sangat kt bawah pusat nie.. pas 2 tadi pagi bangun kencing mcm ade keluar darah, cerita ngan cik suami pas 2 dia kata period dh ke ape ibu nie, pas 2 saya pakai la pade tapi sakit nyer masih lg ade, adakah tanda2 keguguran..

    BalasPadam
    Balasan
    1. hai ida,tahniah ya..jika tanda2 nak keguguran,akan sakit pinggang dan ari2 yg lebih lagi dari sakit sengugut berserta dengan kram peha dan betis..tapi untuk lebih pasti jumpa la doctor ya itu lebih baik utk ida dan baby

      Padam
  6. Saya maz...nak ty gak nie...saya skrg ngandung dlm 7minggu gitu...tapi dah dah 4 hari trun darah mcm piriod,dah jumpe dokt,dia ckp dlm 50-50 utk gugur sruh balik just rehat n pantau...tp hati cukup risau...

    BalasPadam
  7. ada doctor bagi ubat apa2?mcm ubat kuat kan rahim?banyakkan berehat ya...baring je kalau boleh..doa & tawakkal

    BalasPadam
  8. saya dijah. pregnant dlm 7 weeks. tapi dh 3 hari turun darah. harini drah kluar mcm tisu/darah ikan. sakit pinggang ke bawah mcm senggugut. kdg kaki cram. adakah ni tanda saya keguguran

    BalasPadam
  9. sy hari ni hr kedua gugur ank pertama ..usia kandungan 5weeks .. ya allah sakit dy tk bole nk ckp mcm mne .mcm senggugut tp lg lg lg teruk ,rasa mcm nk hempuk org je ..10days bleeding sblom gugur ... pengalaman x dpt dilupakan

    BalasPadam
  10. sy hari ni hr kedua gugur ank pertama ..usia kandungan 5weeks .. ya allah sakit dy tk bole nk ckp mcm mne .mcm senggugut tp lg lg lg teruk ,rasa mcm nk hempuk org je ..10days bleeding sblom gugur ... pengalaman x dpt dilupakan

    BalasPadam
  11. saya br lps gugur..check klinik ngtif

    BalasPadam
  12. Sy hamil 10 minggu..dari semlm sy keluar darah..yg banyak mcm period.tp sy takda rasa sakit mcm perut pinggang mmg takda rasa sakit nak gi hospital mcm mls sbb nak tunggu lama tu yg x suka..yg ni boleh di kata kan gugur ker sbb sy tak pandai sangat ni kandungan pertama saya..mohon tunjuk ajar

    BalasPadam
  13. Sy hamil 10 minggu..dari semlm sy keluar darah..yg banyak mcm period.tp sy takda rasa sakit mcm perut pinggang mmg takda rasa sakit nak gi hospital mcm mls sbb nak tunggu lama tu yg x suka..yg ni boleh di kata kan gugur ker sbb sy tak pandai sangat ni kandungan pertama saya..mohon tunjuk ajar

    BalasPadam
  14. @syaiful ..
    jika pn hamil 10 minggu...dan darah yang keluar tu agak banyak lebih baik pn rujuk ke hospital
    tak rasa sakit tu mungkin bergantung pada individu
    utk mengelak kan perkara negative berlaku
    saya galakkan pn ke hospital
    gugur tak gugur hanya doctor sahaja yang dapat sahkan dengan tepat ..saya doakan agar kandungan pn masih selamat
    in sha allah

    BalasPadam
  15. Assalamualaikum sya nak tnya klow keluar colour coklat dh 16 hari rsa sakit pnggang dan perut kdng2 je rasa sakit..thenn rasa letih mual2 dh hilang adkah tanda2 kegugurann..

    BalasPadam
    Balasan
    1. Mcam sy..skang masih kuar darah dah 10 hari..sy ada baca ada tnda2 keguguran tp kemungkinan masih dapat diselamatkan if janin x kluar..klu nk cnfirm betul kena jumpa doc sis..utk cek jntung bby.

      Padam
  16. Sy mngalami nie dah 10 hari sis..darah kluar x benti tp x sakit sgt mcam sis..cuma rasa sakit pnggang n rasa sengugut biasa ja...ya Allah boleh diselamatkan lg x mcam nie.nk jumpa dktor takut dorang terus cuci...

    BalasPadam
  17. Salam cik na...tumpang tanya...sy last piyed 20.12.2019....bln 1 sya xde dtg haid...semalam 5.2 ade keluar darah wane merah coklat n bila tekan2 rase kenyal2 macam tu...seblum tu bahagian pinggang sakit memulas2...apakah itu darah haid sy tau tanda sy gugur...tp sy xpernh cek upt samada hamil atau x seblum tu

    BalasPadam
  18. Salam cik na...tumpang tanya...sy last piyed 20.12.2019....bln 1 sya xde dtg haid...semalam 5.2 ade keluar darah wane merah coklat n bila tekan2 rase kenyal2 macam tu...seblum tu bahagian pinggang sakit memulas2...apakah itu darah haid sy tau tanda sy gugur...tp sy xpernh cek upt samada hamil atau x seblum tu

    BalasPadam
  19. Hye sy pown confius sy pegnen dh 6weeks ari tu mse peknen 5weeks 6day sy ade pgi hospital sbb bleeding mcm period bnyak 1 hari tu je then hari2 biase smpai skarang hari ke 7 still bleeding tp skit2 ....hari nie sy mcm ade kluar darah ketul2 tp die pecah2 mcm sisa period sebelum nie....adekah sy gugur or x ye?....mse kt hospital doc ckp klaw xde sakit teruk xperlu risau...tp sy jd rsau...ape pendapat cik na?

    BalasPadam
    Balasan
    1. Kena pergi Buat pengesahan dr doctor...hospital Ada bekalakan ubat kuatkan Rahim tak…?sbb kira mcm dah banyak tu turun..sakit tak pinggang atau ari2?

      Padam
  20. Slm cik Na..Saya nk Tya..saya ni..dah 6 bulan xdtg period .Dan xpernh cek..saya ni..sblum ni pernah keguguran..lps tu.msih Blum dikurniakan ank..dah 16 tahun berkwin.semlm..slps 6 bulan xdtg period..tiba2 dtg period..2 hri..tp..xbnyok.smlm..tiba2 skit perut dan pinggang yg teramat sgt..Saya xdpt nk duduk atau baring..lst2 saya pergi ke bilik air..dan saya push tiba2 keluar ketulan darah yg besr..menyerupai kepala n tubuh..saya xthu nk buat apa..just nk Tya..adakh saya keguguran atau ia hanya ketulan darah biasa.apa pndpt cikma?

    BalasPadam
    Balasan
    1. Wasalam...if mcm tu kena rujuk pada hospital
      Mcm2 kemungkinan ada..hope dipermudahkan urusan

      Padam
  21. Salam cek na.. Hye.. Sy nak Tanya, sy mmg sah keguguran..(blighted ovum) Tp xde rasa sakiit pn.... Darah je keluar ckit2. Lepas 2minggu, darah keluar spt period. (Scan masih ada kantung)Hanya 4 hari je yg byk. Xde plk ketul2..Skang dah makin ckit.. Bingung la... Nak keluarkan secara alami....

    BalasPadam
  22. Pengalaman keguguran Saya (anak no 2) dpt tahu Masa pregnancy was 5 weeks...then 7th week 5 day, turun Darah selama 7 Hari secara On & OFF. Masa 1st - 3rd day, Darah berwarna coklat Dan turun Tak banyak, cuma 2-3ml. Hari seterusnya masih turun 2-3ml tapi berwarna Darah merah (bukan fresh). Doktor nasihatkan supaya bedrest. Buat scanning (sejak 6weeks) and jantung Janin dah berdenyut. Pada Hari terakhir(7th day) turun Darah, rasa mcm period cramp on off selama 6hrs dlm Masa yg sama, badan dah Tak terasa mengandung. Selepas cramp berkurangan, terasa mcm nak buang air..trus keluar kantung bulat cantik. 8weeks++ old.

    Pengalaman 1st pregnancy pula...lain giler! Dua minggu selepas last period, Saya dtg period balik! Turun Darah FRESH selama 2-3 Hari. Tak banyak cuma 2-3ml. Saya ingat nak monopose awal. So Satu bulan, Dua Kali period ke? so recalculate lah balik period day..Masa tu memang Tak de pregnancy symptom except breast mengembang je. Lain semua mcm biasa. Tetiba dpt tahu dah 7 weeks pregnant (konon nak buat IVF, sekali Klinik tu ckp dah pregnant naturally). Now anak sulung dah 4 tahun.

    So itulah experience Saya...

    BalasPadam