Rabu, 3 Ogos 2016

Tanda tanda penyakit buah pinggang

Assalammualaikum,salam sejahtera.

PENYAKIT BUAH PINGGANG
Disini Cik na akan ceritakan serba sedikit berkenaan tanda-tanda seseorang yang menghidap penyakit buah pinggang..pengalaman ini Cik na ambil dari Arwah ayah cik na sendiri yang menghidap penyakit buah pinggang.

Pada awal sebelum ayah cik na tahu yang dia dapat penyakit ni,dia dah pun menghidapi tekanan darah tinggi dan kencing manis,bertahun juga la dia makan ubat bagi kedua-dua penyakit tu..
tapi ayah ni jenis orang yang tergolong dalam sharp on time dalam pengambilan ubatan,sebab tu lah ayah mampu maintain je dua penyakit diatas,dan selepas bertahun-tahun,ayah ada mengadu sakit betis,macam kekejangan...kadang-kadang cramp..

Sampai satu tahap ayah ingat dia kena penyakit gaout...so dia pandai-pandai la pergi farmasi beli ubat gaout..sebab dia kata betis dia dh bengkak..so aku pun ikutkan je la..ingat ye la kan dia sakit gaout..lama jugak la dia makan ubat tu..

Satu masa,ayah ke klinik..nurse kata ayah disyaki ada buah pinggang..lepas dia tahu dia dijangka ada buah pinggang ayah terus tak pergi klinik 2 tahun tanpa madical check up
ayah cuma beli ubat je di farmasi,ubat tu nama dia mitformen rasanya bunyi dah betul,cuma ejaan je la kalau salah :P
so ayah bergantung dengan ubat tu je la...nurse tu kata ayah cuma disyaki sahaja,tak semesti kena cuci,tapi al -maklum la pemikiran orang dulu-dulu..
"bila cuci akan pergi selamanya"

And pada 2 tahun lepas (2013),ayah jadi lebih different,ayah tak ada deria rasa,hilang selera makan,pelupa,selalu jatuh,kepanasan,jalan pun mengiring ke tepi..
Anemia, marah-marah tapi tak sedar bila marah!!
Satu hari,ayah mengadu sakit dada..saya bawa ayah ke hospital..doktor sah kan ayah peparu berair,jantung sebelah bengkak,dan buah pinggang bermasalah..
ayah diwadded,dan ketiga-tiga penyakit kat atas tadi yang betul cuma buah pinggang sahaja,so dr panggil saya untuk bincang tentang penyakit tu..
"OMG" terkejut saya bila dr kata ayah sudah berada di tahap 5 atau akhir penyakit DIALISIS pada kedua-dua sekali..sedih..sebab cara nak pulih kena ada penderma..tapi tahu-tahu la...yang request berapa ramai...

Doktor suggest ayah kena buat vistular(tapak laluan cuci darah) dr tanya la "ada duit tak"?
so saya tanya la sbp apa..and then dia ckp la kena buat laluan untuk cuci walaupun belum masa disuggest untuk cuci kira kena spare la maksud dr tu..sbp di tahap 5,anytime je bila urine dalam air kencing tinggi akan kena cuci..kalo tak akan jadi highpo..betul ke ejaan??:)
kalo kita takde duit boleh tunggu buat di hospital kerajaan tapi ikut giliran..
memandangkan ayah dah tahap kritikal..aku pun bawalah ayah ke hospital kpj kuantan kat alor akar tu..so total dekat la 2k..tapi cantik dr tu buat :P

Otw dari perjalanan balik buat vistular,ayah muntah-muntah teruk..ayah pening,ketar,tangan pucat macam takde darah!and sampai ayah sendiri request suruh hantar dia terus ke hospital..
sampai kat hospital,dr ckp ayah dh kena cuci,so kena transfer ke hospital besar temerloh,sbb tapak yang buat tu belum matang(belum boleh guna)
sbb nak kena buat jalan cuci di leher!
sampai di hospital temerloh ayah duduk dalam bilik OT dekat 1 jam jugak la..
esoknya dah start cuci..ayah nangis sedih ;(
ayah pun kena tambah darah,sbb proses buah pinggang dah tak aktif lagi.

Selepas lebih kurang setahun ayah dialisis,ayah pergi meninggalkan kami sekeluarga,pada 10 jun 2014..apa yang sedih, sehari selepas celebrate hari lahir ayah 9 jun 2014..ayah tiada lagi bersama kami,peninggalan ayah tersangatlah memakan diri cik na,tapi Alhamdullilah,cik na dan husband sangup berhenti kerja untuk menjaga ayah,dan buat yang terbaik untuk ayah,semoga ayah tenang disana.
Disini cik na selitkan tanda-tandanya :

 1--Ketidakselesaan atau rasa terbakar ketika membuang air kecil. *ini memang makin ketara bila ayah berada di tahap lebih kritikal,rasa nak kencing tapi tak keluar,dan rasa sakit.

2 -Darah keluar bersama-sama air kencing.* betul,jika buat ujian air kencing mesti dapat detect!samaada tinggi atau rendah.


3 -Perubahan pada kekerapan membuang air kecil.* permulaan banyak,lama kelamaan sedikit,dan tiada terus,atau setitik dua.


4 -Sakit belakang.*susah tidur disebabkan sakit belakang macam panas ..tidak selesa


5-Kerap buang air kecil, terutama pada tengah malam.*tanda ni ayah start dari sebelum dia kena kencing manis lagi,tapi bila dah makin teruk,lagi ketara tanda ni


6-Bengkak pada pergelangan kaki.*ha,disebabkan tanda ni la dr ingat ayah ada peparu berair,gout..tapi sebenarnya buah pinggang


7-Sembap pada keliling mata yang berlarutan, terutama pada sebelah pagi.*sembab pada mata tu ada,cuma lebih ketara pada pipi..memang nampak bengkak je..


#so ni la tanda-tanda yang ayah cik na alami,tanda-tanda yang cik na ceritakan ni adalah pengalaman sepanjang cik na menjaga ayah ketika dia mula diserang buah pinggang sampailah di peringkat akhir,pesanan cik na ,jika family kita ada tanda ni cepat la bawa utk medical check up,lebih cepat dikesan lebih baik,boleh dirawat,dan diubati,so apa-apa yang tersalah di entry kali ni minta ampun maaf,sbb ni adalah pengalaman untuk dishare shj..lain org lain lah kot..

apa-apa pun terima kasih jika ada yang sudi membaca..Assalammualaikum,salam mesra.
bye..bye :P


*pergi la ayah dengan tenang..insyaallah semoga kita berjumpa disana nanti
*untuk bacaan ahli keluarga di masa hadapan
*yang sudi singgah terima kasih banyak-banyak. :P





Tiada ulasan:

Catat Ulasan