Assalammualaikum dan selamat malam :)Ingat tak cik na janji nak story pengalaman keguguran anak ke2 cik na..okay kat bawah ni cik na sertakan tanda-tanda dan apa yang terjadi pada diri cik na sendiri..harap2 semua ibu2 dan bakal ibu boleh menambah informasi bersama-sama okay:)
**cik na hamil kali ke2 pada (7 ogos 2015) selepas 5 tahun berhenti merancang,
(anak 1st cik na 8 tahun sekarang,start dari dia lahir,sampai umur 3 tahun sahaja,cik na merancang..ada masa try makan ubat,pernah sekali masuk alat yang kat rahim tu..but,sekejup je dalam 2 hari..sbb rahim jadi sgt2 sakit..dan benang dia terkeluar kat tut2..boleh nampak pulak tue..huhu ngeri!!pastu cik na just merancang gitu2 je :P)
Tapi nak buat macam mana rezeki tak de dalam waktu yg sgt2 lama ni..cuma tahun lepas cik na happy sgt2 lepas test urine positif..masa tu pukul 3 setengah pagi,cik na dpt rasa kelainan pd bulan tu,sbb suhu badan sgt2 panas..dan dah lewat 4 hari..cuma cik na x brani nak test awal2,takut kecewa..{walaupun dah biasa test tiap bulan kalo lewat then kecewa :P}hahaha...
Pagi tu cik na tak bagi tahu lagi pd en suami,esoknya cik na ajak en suami pergi breakfast kat luar,masa dalam kereta,cik na ckp lah nak g 7E,ada barang nak beli..so en suami tanya la barang apa la..pastu..dah si soal siasat cik na pun story la kt en suami..cik na ckp la pagi td ada buat test,positif..masa tu tgk muka en suami..tersipu2..senyum sampai mulut pun tak bleh ttup..asyik sengeh je..hahaha..tp cik na ckpla..jgn confident sgt..t kecewa..thats why nak beli yg bagus sikit pregnent test tue..then en suami beli la yang CLEAR BLUE,tapi bukan yg digital..yang keluar simbol (-/+) tu je..pastu en suami ckp la..patutla ajk g breakfast kat luar..selama ni bukan main ssh nak keluar breakfast :P
Sampai kat umah,cik na terus je test..mmg positif..huhu..happy tak tahu nak cerita,tersenyum sorang2..ye la dah brapa tahun tunggu..en suami lagila..terus jadi lagi carring..hahaha..punya la xcited..sampai ajk g klinik untuk double conform..sampai 1st klinik..(dua klinik pergi hoho)
doctor lelaki melayu..hurmm..tanya2..test..negatif!!huhu..padahal baru test pagi tadi..tak pun dia kata sbb awl lagi..dlm 4@5 weeks..dia scan..kata tak nmpk,tapi rahim mmg menebal,dia suh tunggu lagi 2 weeks.Dsebabkan tak puas hati,cik na g second klinik.
(xcited lebih tahap melampau)hehehe...doctor india perempuan pulak..dia tanya sakit apa..so cik na terus cakap nak cek untuk prengnent..pastu dia pun nak buat urine test..but cik na kata dh buat..tapi pagi tadi positif,but baru2 tadi negatif.
(cik na tak bg tahu la baru g klinik td..malu la.. ;P )
then doc tu cek nadi,tekanan darah..and dia kata mmg 90% cik hamil..so maybe sbb baru lagi,hormon masih tak tinggi...lega la cik na bila dengar mcm tue..huhu
Kegembiraan cik na terhenti,bila 2 ke 3 hari selepas dpt berita happy tu,malam tu cik na sakit perut dan pinggang sangat2..rasa mcm nak bersalin..fisrt dia sakit kat bahagian kaki dulu..kejang..sampai cik na igt tk ckup kalsium..g farmasi beli kalsium..berhenti sekejup,then makin sakit dalam kul 3,4 pagi..mcm nak putus pinggang cik na,tapi kekejangan mmg teruk cikna rasakan..dr pangkal peha ke bawah...Ya allah ...tak boleh bayang,masa bersalin tak la sakit kaki atau pinggang cm tue..sakit tu cik na tanggung sampaila ke petang hari..dalam pukul 5pm,cik na masih bergulung atas katil,ddk salah berdiri salah,menangis je la sorang..ttbe cik na rasa sakit benar kt bawah rahim..then g toilet..rasa nk PP,tapi tk de,last2..turun darah!!
masa tu Allah je tahu hati cik na..cik na bg tahu en suami,kami g hospital..
Sampai kat kecemasan,diorang wt test la..ambil darah semua,dan doctor gurl tu nak check dari bawah...hoho :(
dia start nak check kat bawah selepas reasult darah dah keluar..cik na tanya la..sy sure pregnent??then doc tu ckp..betul cik pregnent..but reasult sgt2 rendah..maybe sbb baru dia kata..masa dia check bawah,dia kata rahim still closed..okay je..maybe pendarahan awal kehamilan..so dia bg balik dulu..if banyak lagi..terus ke hospital..pas keluar dr hospital,cikna g klinik doctor lelaki tue,story kat dia,then dia bg ubat kuatkan rahim..
Tapi nasib cik na tak baik,pendarahan tu terus keluar..makin banyak,cik na terus g klinik kesihatan,MA kat ctue suruh cikna buat buku merah..masa buat buku merah ..lama la jugak,tanya macam2..baru jumpa doc..dia scan...dah 8 weeks :P
cantik je kantung dia..doc tu kata banyak berehat jgn wt apa2 kerja dlm 2 weeks ni..if ada darah atau mcm tisu2 yang keluar pergi hospital terus..
pendarahan mmg berterusan sampai 2 weeks..sampai masa kena g jumpa doc appoiment tu..dia scan..dah kosong :(
so dah tak perlu cuci..doc bagi vitamin..sayu hati cikna..
dah bertahun-tahun..tapi takpela..maybe itu yang terbaik..Allah dan rancangkan segalanya yang terbaik..so cikna redha..selamat tinggal anakku..jumpa ibu disana nanti..Insayaallah.
** Kat bawah ni boleh la di jadikan info dan rujukan..kut2 sama..cpt2 bertindak ya..mana tahu boleh selamat..lagi cepat kesan lagi baik.
Tanda-tanda keguguran di awal kehamilan
1 ** SAKIT
Anda mungkin mengalami sakit dan kekejangan pelvis,sakit perut yang berterus atau sakit pada bawah belakang.Sakit mungkin akan berterusan selama beberapa hari sebelum atau selepas pendarahan terjadi.Kekejangan yang kuat mungkin satu tanda KEGUGURAN.
Yang ni cik na rasa kejang kat bahagian kaki,dari pangkal peha ke bawah..paling teruk sebelah kiri..pastu dah sehari dua,baru la naik ke pinggang..mcm nak putus pinggang..ala2 org nak bersalin tue..then baru la sakit memulas kat bahgian rahim..mcm sakit nak sengugut tu...tapi lagi kuat..cuma beza nya berterusan.Cik na rasa tanda ni sebelum pendarahan lagi sampailah betul2 dah keguguran.
2** PENDARAHAN
Pendarahan faraj yang mungkin bertompok-tompok atau banyak yang menjadi lebih kerap dan sekali sekala.Pendarahan ini merupakan ,salah satu tanda KEGUGURAN,tetapi diingatkan..ia juga boleh terjadi pada kehamilan yang normal.
Pendarahan yang turun tu ala2 mcm period..tapi dia fresh blood..merah jernih..lama2..dah 2 weeks tue baru jadi hitam ketul2 keluar.But ada juga cousin cik na yg jd mcm ni..tapi skrg dh 7 months dh dia..selamat.
3** KEHILANGAN TANDA HAMIL/MENGANDUNG
Jika badan anda terasa kembali kepada normal,dimana tanda kehamilan seperti mabuk hamil,keltihan,sakit belakang,telah hilang..ia memungkinkan tahap hormon telah jatuh diaman hormon tersebut tidak lagi mengekalkan kehamilan apabila semua tanda kehamilan telah hilang.
Betul sgt la..kan cik na rasa panas sebelum ni..tiba2 panas hangat2 tue hilang je..jd suam2 kuku..mabuk mmg takde dr awal..letih masih ada..cuma cik na dpt rasakan baby dah takde lagi.
4** KETIADAAN DENYUTAN JANTUNG BAYI
Denyutan jantung bayi,biasanya boleh dikesan melalui ultrasound scan,jika denyutan jantung bayi tidak dapat dikesan,ia mungkin satu tanda bahwa bayi telah mati dan tidak berkembang.
Yang ni cik na tak sure plak..sbb masa scan doc takde cerita pula hal denyutan bayi ni. :)
tapi semua boleh fikir logik je kan..if ada apa2 mesti doc akan cakap pada cik na.
5** TIADA PERGERAKAN JANIN
Anda harus sentiasa memerhati corak pergerakan bayi anda sepanjang hari,dimana bayi anda mempunyai tempoh waktu tidur,kadang2..ia berkekalan selama 4 jam.Jumpalah doktor anda sekirannya anda tidak merasakan atau kurangnya pergerakan bayi.Pergerakan bayi hanya boleh dirasa dalam antara minggu ke 18 dan minggu ke24
Tak sampai la tahap ni lagi..... :P
6** SAKIT BELAKANG
Kadang-kadang,ibu hamil akan berasa kekejangan sakit belakang dan ketidakselesaan.Akan tetapi kesakitan yang tajam dan kerap mungkin merupakan kontraksi dan isyarat awal KEGUGURAN.
Sakit belakang mmg of course la cik na rasakan..mmg kuat..sekeliling pinggang..paling teruk pinggang belakang..membawa ke peha..betis.. huuuuuu..rasa dia macam menarik2 semua urat2..
7** UJIAN POSITIF HAMIL BERTUKAR NEGATIF
Jika ujian diambil pada dua pagi berturut-turut,dimana hari pertama mendapat positif dan kembali kepada negatif pada hari kedua,ia bukan sahaja menjadi tanda KEGUGURAN,ia mungkin sahaja tanda kehamilan luar rahim atau ektopik.
Tepat sekali!lepas dah banyak kali turun darah tue..tiap2 pagi cik na akan test,mula2 ada..esoknya makin kabur..lusa sikit2 je nampak line..last2 hari yg appoiment klinik tu..langsung takde dah double line.. :(
test kat klinik pun negatif dah.
8**LELEHAN FARAJ
Jika darah ketul dan tisu seperti daging keluar dari faraj,kemungkinan besar KEGUGURAN telah terjadi.
Darah ketul..mmg ada masa seminggu akhir sebelum keguguran,warna hitam..merah pekat,tapi tisu2 macam daging/perut ikan tu mmg tak ada la..sbb cik na gugur secara perlahan tapi pendarahan yg lama..sedikit2..last2 habis semua turun.
cuma satu hari sebelum g appoiment..cik na ada rasa sesuatu mcm benda tersekat kat tut2..g bilik ambil tisu..lap la kan,then ada mcm selaput warna putih jernih..dalam ada benda warna mcm kuning,bulat je..cik na buang aje la..sbb tak tahu apa..family kata tu la janin :(
9** SERVIKS TERBUKA
Dalam kehamilan sihat dan normal,serviks biasannya kekal ditutup rapat sehingga beberapa minggu sebelum kelahiran bayi,jika serviks anda terbuka dalam tempoh beberapa minggu pertama kehamilan,risiko KEGUGURAN adalah tinggi.
Serviks cik na last check masa kat hospital kecemasan tu je la..pastu mmg tkde check dh kat situ..masa tu tak open pun okay je..
10** PARAS HORMON HCG JATUH
Badan perlu mengekalkan tahap hormon untuk mengekalkan kehamilan,jika tahap hormon hcg jatuh,pada diawal kehamilan,risko KEGUGURAN adalah sangat tinggi.
Paras hormon sure2 la mmg jatuh..sbb test dah negatif..tanda2 hamil dah hilang..sakit makin berkurang..betul la tu..
sbb hormon hcg yg tggi tanda nya baby dalam keadaan baik,dan berkembang...
so..cik na sah keguguran pada 3 bulan di awal kehamilan ke2 cik na..takpela takde rezeki..harap2 esok2 ada lah ya,
doakan untuk cik na ya..dan cik na akan doakan semua ibu2 yg menanti zuriat dimakbulkan Allah..
Terima kasih bagi sesiapa yang sudi open and singgah di sini
sambil2 share..cik na nk simpan memori ni di sini..untuk anak2 dan keluarga masa hadapan..
semoga kita berjumpa lagi..
di lain ENTRY..maybe kisah berkenaan BERKHATAN pula..
harap2 lah ya..
Assalammualaikum..dan salam sejahtera...bye2