Rabu, 23 Mei 2018

Pengalaman bersalin secara pembedahan

Pengalaman Bersalin Secara Pembedahan

Askm,dan salam sejahtera.
alhamdullilah syukur masih berkesempatan untuk mecoretkan lagi blog pada kali ini,
harap coretan & pengalaman kna kali ini sedikit sebanyak dapat memberi sedikit info untuk ibu-ibu yang akan bersalin c-zer. πŸ€—

Apakah erti pembedahan czer @ caesarean

*Pembedahan czer atau dikenali sebagai c-section merupakan pembedahan yang dilakukan untuk ibu-ibu yang bersalin secara pembedahan,pakar perbidanan akan melakukan pemotongan pada perut & uterus dan seterusnya mengeluarkan bayi(baby) pada waktu itu.Pembedahan ini adalah pembedaham yang besar ya!!Major!
*Ada 2 sebab ibu-ibu akan lalui bersalin secara pembedahan,
 1.Dirancang
*Dirancang bermaksud ibu-ibu memilih bersalin secara pembedahan diatas sebab2 inginkan tarikh yang baik2,lebih mudah selepas bersalin dan mampu(jika hospital kerajaan bila ada risiko sahaja boleh bersalin czer)
*atau ibu-ibu mengalami komplikasi semasa kehamilan,seperi tekanan darah tinggi,kencing manis,kedudukan uri dibawah dan lain2 risiko yang boleh membahayakan nyawa ibu dan bayi!yang telah ditentukkan oleh doktor untuk bersalin secara pembedahan.
 2.Tidak dirancang
*Tidak dirancang,bermaksud ibu-ibu boleh bersalin secara normal,tetapi pada suatu ketika ibu-ibu mengalami komplikasi yang membahayakan nyawa ibu@bayi atau keduanya,dan doktor memutuskan untuk melakukan c-section secara tiba2..atau emergency c-section,bagi menyelamatkan nyawa ibu dan anak tersebut.
(macam kes Kna la,Kna semasa hamil mengalami masalah Placenta Privea
(kedudukan uri dibawah)sejak kandungan 25 minggu lagi)Jom baca pengalaman Kna πŸ‘‡πŸΌπŸ‘‡πŸΌπŸ‘‡πŸΌ

*Kna bersalin secara pembedahan dirancang dan ditentukkan sendiri oleh Pakar Perunding Perbidanan yang Kna booking untuk bersalin.Untuk makluman Kna ambil pakej FPP di hospital selayang,sbb boleh pilih doktor yang akan handle dan rawat dari hamil-bersalin,
Pada usia kandungan 18 minggu Kna dah call Selayang untuk Booking Slot la takut full,alhamdullilah ada satu kekosongan,dan dapat ketua perbidanan kat ctue,(dr philip)
dan Kna diberi tarikh temujanji pada usia kandungan 7 bulan,First jumpa dgn doc tu,dia pun dah inform mmg kedudukkan uri masih dibawah,dan doc tu beri peluang juga pada Kna sehingga kandungan 30 minggu,after kandungan dah mencecah 30 minggu sekali lagi doc mengesahkan kedudukan uri masih dibawah,dan doc terus bagi Kna tarikh untuk bersalin Czer tu pada 20 mac 2018,pada usia kandungan 35minggu jika tidak berlaku tumpah darah(bleeding)

*Kna hanya merancang,Allah yg tentukkan segalanya,pada kandungan masuk 34 minggu(11march 2018)pagi tu Dlm pukul 9 pagi,belum bangun dari katil lagi(belum breakfast)sbb malam tu tak tido sbb rasa baby mengeras lebih dr biasa,sampai pagi tak selesa nak tido,pusing kanan,kiri semua tak kena,sekjup bangun,berjalan..ingat biasala sbb di akhir kehamilan kan..pastu masa baring tu Kna pusing ke Kiri,then tiba tiba rasa panas+ada benda keluar banyak sgt rasa,dan non stop!!masa tu Kna cuak juga,tak bangun dlm 5 minit duk fikir macam2..apa nk jadi ni..pastu pelan2 Kna duduk,tgk atas katil penuh dgn darah!!ingat Air ketuban..Ya allah!dan Kna cari  handphone terus call husband,mase tu bg tahu dia and then dia suruh buat video call,apa lagi..terkejut la dia,terus g HR minta balik.After call hubby Kna call MA kebetulan dekat umah ada Klinik KK,call terus dia cari ambulans hari ahad waktu tu tapi cepat diaorang bertindak,mmg nasib Kna baik waktu tu..

*Lepas 20 minit ambulans sampai,MA & Nurse2 terus set up Kna,masuk jarum,semua2 tu dalam bilik Kna juga,Kna dah tak boleh nak bergerak!!sbb darah tak berhenti keluar mcm air paip yg tak tutup tu..cuba imagine!!😱Pastu Kna dbawa ke Klinik KK tu sebab doktor tunggu kat sana untuk check Kna dlu sebelum bawa ke hospital besar,dlm 30 minit juga la cek itu ini baru Kna dibawa ke hospital,sampai je kat hospital Kna ditolak ke bilik kecemasan,masa tu dtg doktor lelaki muda la..tanya2 sal uri tu..sejarah kesihatan,pastu nurse2 sibuk tukarkan 
baju kat Kna,mmg tgk rushing..mse tu tak tahu plak nk terus kena operate!!sbb kan biasa nk 
operate kena puasa!tapi sbb Kna tak sempat breakfast lagi ,jd doc pakar tu kata dh tak boleh
tunggu bahaya!Doktor pakar tu turun scan then terus proceed emergency czer.

*Sebenarnya Kna ni dr tahu nak kena operate 20march tu,mmg dh takut sgt2..sbb tak pernah kena operate apa2 seumur hidup..macam2 fikir,,sakit ke operate ni?masuk tiub kencing sakit ke?(untuk makluman,semua ibu2 yg akan bersalin secara pembedahan mesti dimasukkan tiub kencing tu)untuk mengelakkan gangguan saluran kencing ketika proses pembedahan dijalankan, bius sakit ke..lepas habis bius sakit ke??hehe mcm2 fikir tau!
Pastu nurse datang bawa tiub tu!!😱terus Kna tanya..nak masuk tiub dh ke?ye la dik(kata nurse)tak boleh masuk lepas bius ke?nurse jawab tak boleh dik,dah tak sempat,Kna tanya lagi,sakit ke?nurse jawab,tak sakit rasa tak selesa je sikit,jangan lawan..dh la masa tu Kna mmg tak tahan dah nak kencing,tapi diaorang semua tak bagi kencing sbb tak boleh 
bangun,darah banyak kan..pastu nurse tu set up tiub tu..dia sambung2 apa ntah,pastu sapu gel pada depan tiub,then dia kata saya nak masuk ni,jangan lawan..pastu Kna just tarik nafas..hembus pelan2..dan Kna sempat tanya dah siap ke?lama dh siap dik!!Hahahha🀭tak rasa apa2...tak la mcm Kna baca2 dBlog Blog..ada yg nyilu,sakit,tak selesa lepas tiub tu kat dalam,alhamdullilah..takde rasa apa!!magic kan...tetiba rasa kosong ke pundi kencing..bila keluar pun tak tahu!Heheh☺️

*Bila dah siap semua prosedur kat bilik kecemasan,Kna ditolak kebilik pembedahan,sampai kat bilik OT,doktor pakar bius tanya sejarah Kna,ada elergy apa2 ke..tahu ke nak kena bedah sebab apa,doktor nk sign husband jika incase ada jadi apa2 kena tambah darah ke kan..tapi hubby Kna masih otw dr KL- Raub pahang..doktor kata kena proceed segera,then Kna sign la sendiri😭
Pastu doktor bius dia xplain nak inject bius area tulang blakang,dan kna akan sedar sepanjang pembedahan tu tapi Tak SAKIT! cuma akan rasa goncangan je la kata dia,but Kna inform pada doc tu,Kna ada problem tulang belakang sejak sebelum hamil lagi,jd Kna tanya la takde risiko ke kalau inject tulang belakang tu(sbnrnya bukan la tulang belakang,area dia sahaja)dan akan kebas dr pinggang ke kaki.Pastu doc tu tekan2 la tulang belakang Kna,dia kata dia lebih prefer bius separa dari bius penuh,Kna tanya la kenapa,sbb bius penuh proses sedar tu makan masa,dan akan dimasukkan tiub ke dlm tekak dan bernafas melalui mesin,dan risiko pada baby,baby lambat menangis sbb effect bius penuh tu lebih dari separa,lebih kurang cm ni la doc tu xplain,pastu pakar perbidanan datang,dia ckp kenapa tak bius lagi ni emergency,then doc bius tu cakap dia ada problem tulang blakang..bla..bla..(ckp bahasa doctor)πŸ˜…pastu Kna dengar doc pakar belah tu jawab,tak perlu tanya sbb dia mmg kenA bius penuh sbb emergency kes dan bleeding!!itu la Kna dengar..dan doc bius tu xplain la pasal bius penuh semua tu cm yg Kna xpalin tadi..then Kna ditolak ke Bilik prosedur!😱(masa ni cm blur,mcm2 perasaan dtg)tak tahu nak xplain cm mana,dgn suami takde,anak first dan mak tak tahu sampai ke belum ..sedey2😭

*Masuk je bilik tu Kna nampak lampu besar kat atas(cam pic bilik ot tu)pastu ada beberapa org berbaju hijau bertopengkan mask!suasana sunyi sepi..Kna diangakat ke katil prosedur,katil tu muat2 je..cm kerusi cabut gigi tu..tapi katil tu akan buat perut kita keatasπŸ˜…
lebih kurang la...pastu dtg doc bius tadi ddk belakang kepala Kna..dia ckp saya nak bagi oksigen ni,tarik nafas dalam2 hembus,dan satu lagi duduk kat tangan Kiri Kna dia kata nak cucuk bius dah ni ya dik,pastu Kna tanya la sakit ke bius tu?dia jawab pedih je sikit..tapi Kna tak rasa pun apa2..mse tu doc bius tu dh nak letak oksigen tu kat muka,Kna pandang nurse @ doc yg cucuk bius tu ikut jarum pada tangan Kna,pastu Kna tak henti2 baca(Laillahaila anta subahannaka inilkuntumminalzallimin)pastu dlm masa yg sama Kna diarahkan untuk tarik nafas dlm2..then tak sampai beberapa saat Kna rasa dada cm ketat tiba2 nafas stop dan Kna tak sedar apa2 dah.πŸ˜—πŸ˜—

*Kna masuk bilik ot dlm pukul 11.44Pm cm tu la proses bius semua dlm kul 12 dth start dan Kna tak sedar semua ,first bila sedar Kna ada d bilik pemulihan,doc bius panggil2 nama..tanya full name,pastu tertido balik kut..pastu Kna ditolak ke bilik pemulihan ward,mse tolak tu baru jumpa hubby & mak..tapi mamai2 lagi..igt2 lupa..cm tu..sampai kat bilik,,nurse angkat ke katil ward tu..(bilik seorang)sbb kes bleeding doc tak hantar lagi ward bersalin kena pantau dlu sehari d ward pemerhatian.Tgk jam 4.30 ptg..WOW lama betul Kna tak sedar yea..baby pun 
tak jumpa lagi..sedih..dgr bunyi baby2 kat luar rasa nak melompat2 tgk..mana baby kan😭
pastu hubby masuk,siap pakai baju khas..tanya2 dia baby cm mana,dia kata okey..pukul 12.31 baby dh keluar..mean skjup je la after bius pukul 12.18pm,12.31 baby dh selamat dikeluarkan..apa yg lama sgt sampai 4.30 ptg baru sedar?hubby bagi tahu,doc kata Kna bleeding teruk kat bilik OT,kena cuci,habis 1 Liter lebih darah belum campur yg kat umah lagi kan..hurm...pastu Mak pulak nk jumpa..mak pun pakai la baju khas tu...baby masih tak jumpa.

*Dalam pukul 5 lebih kut,ada nurse masuk,Kna tanya la baby mana..awak tak jumpa lagi ke?kata dia,ye belum jumpa😒okay nt kak bawa..dia bahaskan diri dia kak☺️
pastu dia tolak baby ..mas tu allah je tahu sedih,hiba macam2 lagila..kak tu dia angkat letak kat seblah Kna..terus cium kepala je dpt,nak bangun Masya allah sakit!!dapat je cium,air mata terus jatuh..huhu😭nak try bg menyusu tak mampu sbb sakit betul dalam perut tu..duk fikir baby lahir dr 12.31 pm-5.30 takde minum apa sedih tau!!
Petang dlm kul 6 lebih ada nurse datang nak bawa baby masuk nicu sbb takut ada jangkitan kuman sbb kes bleeding tadi..sedih  lagi la kan..kena pisah lagi.

*Kan kena stay kat ward tu malam tu,bila Kna dibenarkan minum,Kna minum yg pertamanya 
adalah VIVIX SHAKLEE!!Sesudu besar kna minum,baru Kna minum air 100 Plus,air mineral,tapi sikit2 je la..pastu Esoknya doc belah tu dtg jumpa tanya okawy ke tak semua..dia cakap kalau cepat bangun,cuba berjalan cepat tanggal tiub..pastu lepas je lunch,Kna terus cuba bangun,masa tu Ya allah nak cuba duduk je rasa sering sgt2..dlm perut..nak cuba duduk tu pun susah..tapi Kna gagahkan
diri,kalau tak susah la nak naik ward bersalin dan ward kanak2 jumpa baby..Kna minta hubby tolong ampukan Kna,Kna cuba terus berdiri tegak!!(lagi cepat berdiri tegak lagi cepat darah berjalan lagi cepat sembuh)pastu dapat je berdiri,kna terus tegak..mase tu rasa dari rahim hingga pusat tertarik2,senak,rasa sering(faham ke tak?)hehe,pastu kna pergi toilet try kencing(mase start bangun tu tiub dh buka)mase buka tak rasa apa pun yea..beberapa saat sahaja.Pastu Kna cuba jalan lagi..sampai sakit dan tak selesa dlm perut tu makin berkurang,ptg tu Kna ditransfer ke ward bersalin,sepanjang malam Kna cuba bangun,bagi Kna yg susah masa nak bangun tu je sbb akan sakit..sbb cm kita teran kan bila nk bangun tu..mengiring pun sakit,malam tu Kna terus makan VIVIX tu,2 kali sehari..
Esoknya Kna dh makin okey,rasa bertenaga,cergas je..bila berjalan dah  boleh laju,nurse2 pun hairan..hehe...cuma bila nak mula bangun tu masih sakit la..pastu doc belah dtg round ward..xpalin itu ini..then Kna ckp nk stop morfin sbb tak tahan dgn morfin Kna jadi (shaking,ketar2)tak pakai sgt pun..tak sesuai!!

*hari ke 3,Kna dapat keluar,dibekalkan ubat tambah darah (sebab darah dh tinggal 8 je)!dan Tinza(cair darah)injection..utk 10 hari rasanya..jika Tinza la..kalu satu jnis lagi kena inject 2x sehari!
sbb Tinza ni mahal sikit.Tapi lebih baik la.Walaupun dapat keluar ward tapi kena masuk stay ward kanak2 plak,sbb baby ada kuning..hari ke 5 baru Kna dapat balik umah,rasa
nak terbang balik..dgn si abang nya tak sabar nak jumpa adik..ye la baru dapat adik umur dah 10 tahun..hehe.

*sepanjang tempoh berpantang dekat rumah,dlm hari ke 7 Kna dh tak sakit lagi dlm perut..Kna rasa mmg disebabkan makan VIVIX shaklee tu..mmg berkesan  memulihkan sel2 yg dh rosak..ada yg hairan Kna mmg cergas..tak gaya org berskain ..macam2 la Kna dgr diaorang bercakap..rahim pun cepat kecut..tapi masa nak kecut tu mmg sakit sgt..bukan sakit tempat belah,sakit rahim nak mengecut after dr lepas pembedahan  lagi ssmpi la balik umah tu ahri ke 7 ..pastu dh ansur2 kurang sakit..
jadi inila pengalaman Kna untuk dikongsi bersama,panjangkan!!tapi untuk penjelasan yg padat terpaksa la panjang ..hehe..tq pada yg sudi baca.apa2 kemusyilan boleh tanya k..selamat bergelar seorang ibu!!syg semua!!πŸ’‹

*maaf typing guna phone je..banyak salah ejaan sorry ye!!tab rosak hehe
nt ada masa Kna betulkan jika berkesempatanπŸ˜—
harap2 faham lah ye πŸ˜¬πŸ™πŸΌ

Rabu, 2 Ogos 2017

Suhu badan panas..tinggi??test OPK ..POSITIF hamil??Alhamdullilah..syukur!

Assalammualaikum..dan salam sejahtera semua :)

N3 Kali ni Saya (ceknana) nak share pengalaman Positif hamil melalui OPK
(OVULATION PREDICTOR KITS)
fungsi alat ni untuk kesan hormon Luteinizing hormon (LH),hormon ni berfungsi mengeluarkan ovum dari ovari,bila kandungan LH berada dalam tahap tertinggi,dimetabolisma akan keluar melalui air kencing.

~tapi alat test ni juga boleh mengesan samada kita hamil atau tidak selepas hari ovulasi anda.Bagi yang takut nak cuba uji guna pregnancy test(HCG)..boleh la try test pakai opk ni dahulu..bila rasa betul hamil,test la pakai pregnancy kit okay!.

Jom bace pengalaman saya :P

1.Dua minggu  selepas hari ovulasi,saya dapat sakit kepala yang buat saya rasa cm diawangan..hahaha..mmg pening..sampai pekak telinga..g klinik doc bagi ubat pening/sakit kepala yang kuat..balik makan ubat..tapi  still tk bleh tido..badan panas,ingat sbb problem tak ckup tido tu yang jadi pening..atau ada lah juga kaitan kut.. hehe

2.Seminggu sebelum Period,badan mmg makin panas bila waktu petang,dan waktu 1 pagi keatas,jadi mmg ganggu la time nak tido tue..so mse tu tak terfikir lah pulak apa2 kan..mungkin cuaca mmg panas... !πŸ˜“(suhu badan turun naik)

3.Bila Period dah delay...jeng2...takut nak try test pakai pregnancy test tu..lagipun takde mse tu kat umah..yang ada hanya OPK..so tenghari first lewat Period tu,g la test..sbbnya rasa dlm hati mmg pregnant,tapi bila fikir balik,kami romeo & juliet mase Dialam maya tu mmg dh control(mesti faham kan)😜takkan boleh hamil pulak..so dari membazir..baik test pakai OPK dulu..kununya la..gahahaha.

4.Mase test tenghari tu..urine mmg full la dlm pundi kencing..jernih je urine..cm x bleh detect apa la cm tu kan..gahaha..tapi bila dah test..naik double line πŸ˜ƒpastu teringat dlu pernah baca tentang OPK..bila hamil OPK akan naik sama warna pada test&control line atau warna pada test line lebih terang dari control line.Pastu relex je la..sbb cm tak percaya kan...petang tu g la watson beli pregnancy test pulak..so kat bawah  ni contoh test pakai OPK πŸ˜™

nampak tak..test line lebih terang...disebabkan ni la saya pergi cari pregnancy test pulak,nak confirmkan betul ke tidak hamil.

5.Malam pada fisrt delay period tu..saya test pakai brand DIP & TELL..berdebar tau!..sbb mcm2 duk fikir dlm hati..ye ke..tidak...sbb rasa cm was-was ..haha...(harap faham)😝
bila test je.....keputusannya....πŸ‘‡πŸ‘‡πŸ‘‡πŸ‘‡πŸ‘‡πŸ‘‡πŸ‘‡πŸ‘‡πŸ‘‡πŸ‘‡jeng..jeng..jeng...

positif hamil..walaupun tak clear sangat..sbb urine dah cair..saya minum air banyak mse siang hari tu..terkejut..happy..terpingga pun ada..ye la anak pertama dah 9 tahun dah..sampai kawan2 dia duk kata dia anak tunggal..kesian pulak...sbnrnya 2 tahun lepas dah lekat..tapi keguguran pada minggu ke 6+..sbb start bleeding..nak bce boleh baca pada story yg lepas ya.

6.Bila dah tahu hamil,saya tak cite pun pada hubby ag..biar dlu..bila dah lewat period sampai 3 hari saya g beli CLEAR BLUE DIGITAL pulak..teruk kan...haha..ini semua sbb penangan line x brapa clear hari tu la..saya test pada pagi sebelum hantar my boy ke sekolah..tapi kul 3 pagi tu sy dah membuang dah urine..jd urine kedua lah sy test ni..agknya la kan..(istilah je)
so keputusan nya boleh la tgk kat bawah ni..tapi saya dh cut video tue panjang sgt..sbb dia akan  inform sampai brapa weeks terjadinya kehamilan tu..jadi tgk la yea πŸ‘‡πŸ‘‡πŸ‘‡πŸ‘‡πŸ‘‡πŸ‘‡πŸ‘‡πŸ‘‡πŸ‘‡πŸ‘‡πŸ‘‡

ha cepat je kan dia inform kat screen tu pregnant,pastu panjang lagi nak tunggu sbb dia nak calculate brapa minggu dah terjadinya kehamilan tu..lepas siap test saya sent video kat hubby..terkejut dia..terus call..suh makan la..jgn wat kerja berat la..jgn stress la..hehe..so senang saya include sekali pic final kat sini yaπŸ‘‡πŸ‘‡πŸ‘‡

kat screen ni dia keluar 2-3,mean dah 4 atau 5 minggu usia kandungan,yang 2-3 tu maksudnya start terjadinya pembuahan dari last period tu..faham tak?so saya kira2..mase ni saya dan sebulan lebih atau 4 minggu 3 hari..itu pun kiraan dari application dari phone tue..heheπŸ˜‰

7.Keadaan saya pada ketika ni tiada alahan,cm muntah2 smua tu takde..cuma kerap sakit kepala dan payudara bengkak..besar πŸ™ˆ dengan majunya..bila petang badan panas..naik pukul 1 pagi keats lagi panas,nak2 dekat area perut dan peha..betis pun terasa panas..rasa panas tu boleh rasa dr seluar ..tu tanda nya panas..tapi bukan demam ya!sakit pinggang pun ada juga kadang2..bila duduk lama..sekarang kaki dah tk boleh duduk lipat2,bila duduk bersila tiba tiba akan ada renjatan kat peha..sakit wei!!bengkak terus peha...lutut pun ada rasa nyilu2..pastu area perut tu kadang ada la rs cm nyilu2 geli2..tak pandai nak xplain cm mna...rasa tak selesa..jadi wat masa ni,ini sahaja yang saya rasa.lain2 agknya akan datang lah...mintak2 tak la berat sgt alahan nya mcm anak fisrt hari tu..ALLAH je yang tahu..!

8.Finally mse lewat period seminggu saya buat sekali lagi test pakai yang biasa punya je,brand apa sy x pasti,lupa pulak nak tengok.RM5.35 je kat watson.saya test waktu pagi fisrt urine..nak tahu sbb apa sy test lagi??sbb saya takut jadi mcm 2 tahun lepas,sbb keguguran tu..saya mmg takde alahan..dan pendarahan berlaku..selama 2 minggu..akhirnya gugur semuanya..saya fobia,jadi saya lebih berhati2 untuk yg ini..sbb saya tiada alahan juga sekarang..maybe ALLAH nak bagi senang untuk kehamilan kali ni..INSYALLAH..kata ahli saintifk,morning sikness menandakan bayi berkembang dengan baik..tapi ada juga yang tidak mengalami kerana sifat badan yang boleh menghalang dari morning sikness tersebut..CTHNYA orang yang tak mabuk dalam perjalanan jauh,atau naik boat..dia ssh nk dapat alahan tu..so kita fikir positif je ya 😊
ini contoh test tu ya...πŸ‘‡πŸ‘‡πŸ‘‡πŸ‘‡πŸ‘‡

Alhamdullilah,Sangat clear warnanya...bersyukur pada Allah!
ada masa nanti baru nak g scan kat klinik 😺

So,apa apa pun..cerita diatas adalah pengalaman saya yea..manalah tahu dapat memberi kesenangan hati pada pihak tertentu,andai kata ada yg terasa,dan tersalah dimana-mana,maafkan saya,saya harap anda semua mendoakan kandungan saya sehingga lah saya selamat bersalin nanti..dan saya doakan anda semua akan merasainya satu hari nanti..dan jadi hots mama!!

#OPK
#DIP&TELL
#CLEAR BLUE
#BRANDWATSON
#HAMILDENGANOPK
#OPKBOLEHKESANKEHAMILAN

**NOTA
~Jangan terlalu bergantung pada OPK,jika was2..cari la pregnancy test
~pengesahan dari doctor lebih baik.
~jaga pemakanan 
~elakkan kerja berat diawal kehamilan

bye..bye..Doakan saya ya berpeluang kali ini merasai anak nbr 2 setelah 9 tahun menunggu πŸ˜‡

Selasa, 8 November 2016

Pengalaman memilih hospital dan kaedah berkhatan untuk anak First Cikna :P

Assalammualaikum,

Allhamdullilah Cik Na diberi kesempatan untuk story2 pengalaman CN bawa anak berkhatan tahun lepas,mcm yg CN janji hari tu pd entry lepas..kan nak story2..al maklum la..dh tak lama nak cuti sekolah..mesti mommy2,ibu2,mama2,mak2 dh planing or tgh google info yang terbaik bagi anak lelaki yg handsome2 tu kan..hehehe..

Mula- mula sekali mesti ada yg nak tahu bila masa sesuai untuk khatan kan anak2 kita..betul tak??
dari pembacaan CN,anak lelaki boleh je nak teruskan khatan kan dlm umur 2 bulan..tapi bagi CN agak terlalu muda sgt..alahai kesian yek..tapi sebenarnya..semasa bayi, lebih mudah untuk kita menjaga luka tersebut..dan bayi pun kurang rasa sakit semasa berkhatan disebabkan salur2 darah belum sampai sepenuhnya pada kawasan zakar..dan itu menyebabkan bayi tidak akan berasa sakit..dan lebih senang penjagaannya sbb bayi kan tak boleh berjalan..hehehe.

Okaylah..kita teruskan je cerita CN ya..tahun lepas..CN mmg dah rancang dari awal untuk khatankan anak CN ni,nama dia Dannish Fikri..masa tu dia baru darjah satu,mula2 CN bg la tahu sebab apa nak kena khatan,tempat yang nak dikhatan,then nampakla mcm dia takut mula2..pastu CN pun cari la cerita upin-ipin..yang episod berkhatan tu..pastu dia pun okay...hahaha..pandai tak CN manipulasi dia..hahaha.. ;)

Lepas CN dah google2..dah call banyak hospital swasta..akhirnya,CN pilih HOSPITAL PUSRAWI
bukan lah nak kata hospital goverment tak okay..cuma untuk lebih mudah nak cari date yang sesuai dan dibuat sendiri oleh Pakar yang berkenaan.Maklum la,Dannish tu dia jenis gemuruh sikit..ok,sebab apa CN pilih hospital ni??sbb doktor yang buat ni dia mmg dh pakar dan terkenal dah..lagi pun,doctor ni dia ada buat juga under hospital KPJ,tapi tak sure plak KPJ yg mana..sbb dh call banyak hospital.. :P
Tapi harga kos Di Pusrawi dan Kpj,memang jauh berbeza..tapi doktor yang sama..Pusrawi lebih murah..jadi CN pilih la hospital ni.

Di bawah ni ada info jenis2 yang boleh mommy2 pilih untuk anak handsome mommy2..then nt CN akan beritahu kaedah mana yang CN pilih untuk Dannish okay!!

**sebelum terlupa..nak story ni..malam sebelum nak berkhatan tu,ada ker tetiba,dannish leh demam,cirit birit,muntah..masa tu ada kat Berjaya Times Square,tengah nak main bowling..ala kira nak happykan dia la..sbb dia minat bowling..pastu hurmm..takde la..terbalik lak jadinya..CN yang beria main2..last2 game ke2 dah tak main!!Rugi bayar...dah nampak teruk..terus CN bawa dia g klinik kat Jalan Pudu..yang kat situ je tahu 24 jam dan  yang logik casnya..hehe..
Esoknya,CN call hospital tanya..boleh ke nak buat prosedur if tak sihat..then dia minta datang dulu..pastu masa kat hospital,staff call doktor,then doc tu ckp boleh je..sbb jd mcm tue maybe dia takut..hahaha..tapi CN takde lak nampak mcm dia takut ke apa,steady jer..agak2 nya dia simpan lah tue perasaan takut tu..cover kut..sampai bawa ke demam..haha apa la anak Ibu ni..
**nt Dannish baca BLOG ibu jangan marah ya>> :)

Okay jom...

Kaedah-kaedah Berkhatan

Abu Hurairah r.a., katanya: Rasulullah s.a.w. bersabda: “Nabi Ibrahim a.s. berkhatan dengan kapak dan beliau dalam usia lapan puluh tahun”. (Hadis Sahih Bukhari Jilid 3. Hadis Nombor 1474).
Dalam Islam, berkhatan bermakna memotong lebihan kulit kemaluan bagi mengelakkan ia menutupi keseluruhan kemaluan.

Tujuannya pula bagi memastikan kemaluan seseorang itu bersih daripada kekotoran yang terhasil di bawah lebihan kulit berkenaan.

Dalam kaedah sains perubatan pula, berkhatan bermaksud membuang lapisan kulit yang membalut bahagian depan alat kelamin lelaki yang disebut ‘Qulfah’ kerana lapisan ini mengandungi najis dan lebihan alat kelamin lelaki.

Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) melalui Program HIV/Aids Bersama Bangsa-bangsa Bersatu dan Pusat Kawalan Penyakit (CDC) juga mendapati berkhatan dapat mengurangkan risiko jangkitan virus HIV.

Malah, hasil kajian juga mendapati kanak-kanak lelaki yang berkhatan mempunyai masalah jangkitan saluran kencing lebih rendah berbanding kanak-kanak tidak berkhatan. Masalah zakar seperti keradangan, kerengsaan dan jangkitan sangat kerap berlaku di kalangan lelaki tidak berkhatan.
Dalam proses berkhatan, ia boleh dibahagikan kepada beberapa kaefah iaitu tradisional, konvensional dan moden.

KAEDAH TRADISIONAL
Kaedah berkhatan tradisional biasanya dilakukan oleh Tok Mudim yang tidak menggunakan bius. Kebiasaannya, pesakit dikehendaki untuk berendam didalam air sejuk selama beberapa lama sebelum menjalani proses berkhatan untuk memberi rasa kebas.
Teknik ini menggunakan kelengkapan seperti pisau, gunting dan penyepit. Teknik ini adalah agak rumit kerana ianya memerlukan teknik jahitan bagi menjahit luka.
Proses penjagaan selepas selesai berkhatan kaedah tradisional juga dikatakan sedikit rumit dan luka memakan masa lama untuk sembuh.
**Yang ni memang dari awal la CN tolak tepi,sebabnya dah tau yg Dannish memang akan takut punya..bukan dia je takut dengan CN pun akan takut jugak.Lagi pun proses nak sembuh luka tu agak perlahan dan lambat.Dan jarang dah orang guna kaedah ni sekarang..zaman2 dulu steady la.. hehe :)

KAEDAH KONVENSIONAL
Kaedah konvensional adalah penambahbaikan kepada kaedah tradisional. Penggunaan bius telah digunakan bagi mengurangkan rasa sakit semasa proses berkhatan.
Terdapat berbagai jenis peralatan yang boleh digunakan untuk kaedah konvensional ini. Kaedah konvensional yang lebih murah ialah dengan menggunakan pisau (blade) dan gunting. Teknik jahitan pula digunakan untuk memberhentikan pendarahan.
Kaedah lain yang lebih mahal ialah dengan menggunakan alat yang dimanakan ‘Cautery’ bagi menggantikan penggunaan pisau dan gunting. Alat ini sering disalah erti sebagai laser.
Cautery ini adalah satu alat yang menggunakan elektrik atau bateri. Ia menghasilkan haba di hujungnya dan boleh digunakan untuk memotong lebihan kulit dan membakar salur darah bagi mengurangkan pendarahan.
Namun, kaedah ini mengambil masa yang lama sedikit di antara 20 minit sehingga 45 minit bergantung kepada pesakit dan tahap pendarahan.
** CN pilih kaedah ini lah...kaedah ni lebih kurang sama dengan kaedah tradisional,cuma 
beza nya,banyak pilihan,macam yang info kat atas ni la..jadi CN pilih kaedah Cautery,kebanyakkan orang ingat alat cautery tu LASER..jangan salah ye..LASER CN rasa cuma ada di singapore..Kat Malaysia belum dengar lagi..lagi pun kos tinggi..
Kaedah ni dia akan bagi bius setempat,then akan guna alat Cautery tu la,masa prosedur mula2 CN ingat boleh temankan dia,tapi tak boleh,tinggal la CN ngan Mak & Husband kat luar..sedih..fikir dia takut ke kan..hurmm.
Dalam 30 minit lebih..siap la  prosedur tue,tak menangis pun..cuma dengar dia menjerit masa bius je..itu pun nurse yang bagi tahu jd mmg betul la dia yg menjerit,hahaha..pastu dah tak menangis dah.
Ni la pic alat tue..

 Ni la alat yang digunakan..seram tak??hehe...banyak yang kata Laser maybe tgk pada hujung api tu kut.. :)
Lepas dah siap prosedur,CN and family balik ke Hotel semula..masa kat hotel tu CN tgk..takde kesan luka pun,kering..jahitan pun sgt2 kemas dan cantik gitue..macam bentuk cendawan je..cantik je..suke2...suke hasil tangan doktor tu..Thnaks doktor!!
Rasanya tak sampai 2 minggu dah baik..jahitan semua dah tak ada..doktor ada bekalkan ubat makan dan ubat sapu aje..tapi CN sangat2 lah kuat berpantang ya..jadi CN jaga makan minum dia..itu pun salah satu sebab luka cepat baik dan tak bernanah..kering je..satu nak pesan.lepas 2 hari..suruh ank2 berjalan..bila tak berjalan langsung..lagi bahaya,dan susah untuk sembuh luka..sebab darah tak berjalan dengan sepatutnya.Berjalan sekejup2 aje la..maksudnya jgn asyik baring atau duduk aje.
Satu lagi kelebihan kaedah ni..nt 'anu'ANAK kita lebih smart dan kemas je..hehehe.. :P

KAEDAH MODEN
Kaedah rawatan moden adalah dengan menggunakan bius dan menggunakan teknik sepitan atau ‘Clamp’ bagi menggantikan teknik potong dan jahitan. Kaedah ini adalah cepat kerana tidak memerlukan jahitan. Selepas 7 hari, pesakit hanya perlu pergi ke klinik untuk menanggalkan ‘Clamp’.
Walaubagaimanapun, ada terdapat sedikit masalah terpencil terhadap teknik ‘Clamp’. Kebanyakan pesakit akan dapat menanggalkan ‘Clamp’ dengan mudah secara sendiri, namun ada sebahagian kecil yang menghadapi masalah ketika proses penanggalan.
Sekiranya penyembuhan luka tidak berlaku dengan sempurna, ketika proses membukanya kadang-kadang pesakit akan merasa sakit kerana berlaku sedikit pendarahan.
**First CN nak buat kaedah CLAMP ni,sebab senang untuk Dannish,boleh berjalan semua macam biasa,tapi bila tanya pada staff..diorang kata,boleh buat if saiz Zakar yang sesuai..sbb Dannish kan kecik ag..tapi banyak juga dengar risiko..ada yang kena sunat semula sbb tak cukup tarik..ada yang tak boleh nak tanggal,sampai pendarahan,ada yang tertanggal awal..hurm..banyak sgt risiko nya..takut plak..tapi bergantung pada individu..sbb adik sepupu CN okay je buat kaedah Clamp ni..cuma beza dengan Cautery tu Clamp tk ada jahitan..jadi bentuk "anu"mmg berbeza..hehehe..tak se smart kaedah Cautery.

KESIMPULAN
Cara yang bagaimana anda pilih untuk mengkhatankan anak anda bergantung kepada pilihan masing-masing. Jika tidak mahu pendarahan semasa berkhatan, proses yang pantas dan mudah dijaga maka pilihlah teknik ‘Clamp’.**Tapi kaedah Cautery yg CN pilih pun xde pendarahan..kering ajer..atau bergantung pada Individu atau Doktor agaknya.. :P

Sekiranya mahukan cara konvensional, ada jahitan dan kurang pendarahan, gunakan cara cautery yang menggunakan teknik potong dan jahit.
Kaedah tradisional sudah hampir pupus atau sudah pupus sepenuhnya kerana ramai yang tidak menyukainya kerana ianya adalah menyakitkan.
**Ya betul..kaedah ni bagi CN adalah yang terbaik..dan tiada banyak risiko yang perlu ditanggung!!

Walau apapun, semua kaedah adalah baik dan mendatangkan hasil yang baik di penghujungnya kerana mengamalkan salah satu sunnah yang dituntut.
**Betul..apa pun pilihan mommy2..akhirnya akan menjadi yang terbaik juga buat anak mommy2 yang handsome tue..

Penjagaan selepas berkhatan adalah sangat mustahak bagi memastikan penyembuhan yang cepat dan tidak menyakitkan kanak-kanak. Bantulah anak anda dalam menjaga kebersihan serta pemakanan semasa tempoh penyembuhan atau ‘berpantang’.

Tip-tip tambahan:
1) Untuk penyembuhan yang cepat,berikan suppliment yang tepat sebagai pemakanan tambahan bagi menambahkan zat-zat yang diperlukan di dalam badan serta menguatkan imun sistem.
2) Gunakan ubatan yang dibekalkan oleh pihak hospital dengan mengikut arahan yang diarahkan. Untuk sapuan di bahagian yang luka bagi membantu penyembuhan dengan cepat dan tidak memedihkan.
3) Elakkan luka berkhatan daripada terkena air bagi membantu pengeringan luka dengan cepat dan mengelakkannya daripada bernanah.Jika terkena air,gunakan kapas untuk mengeringkannya.
4)Berpantang dengan sebaik-baiknya okay !!

Nak tahu kos nya Brapa??
Jup ya, :)

Kat bawah ni CN akan share pic sikit ..jom layan... :)

             Ni la kos nya..jeng2.. : Total semua RM 558.00                                           

              Ni bilik prosedur Berkhatan tue..                   

                Masa ni la Dannish dah start nak muntah2.. :) haha
                                                           
                 Dah siap!!yeay..tak nangis pun..cuma rambut "Tuan Anas"dah 
                 serabut sikit.. hehe tahniah anak ibu dah jadi Lelaki Sejati :P                                            

Haha kasih seorang nenek..punya la sedih..biasala..cucu Pertama..
satu-satunya cucu Dia pula..hai la mak..hahahaha :)

Tgk ayah dia..xcited lah plak...cover sikit ...:P
Dah selesai..nak nalik dah :)

**Tarikh peristiwa : 9/12/2015**

Khamis, 4 Ogos 2016

Tanda-tanda keguguran diawal kehamilan

Assalammualaikum dan selamat malam :)Ingat tak cik na janji nak story pengalaman keguguran anak ke2 cik na..okay kat bawah ni cik na sertakan tanda-tanda dan apa yang terjadi pada diri cik na sendiri..harap2 semua ibu2 dan bakal ibu boleh menambah informasi bersama-sama okay:)

**cik na hamil kali ke2 pada (7 ogos 2015) selepas 5 tahun berhenti merancang,
(anak 1st cik na 8 tahun sekarang,start dari dia lahir,sampai umur 3 tahun sahaja,cik na merancang..ada masa try makan ubat,pernah sekali masuk alat yang kat rahim tu..but,sekejup je dalam 2 hari..sbb rahim jadi sgt2 sakit..dan benang dia terkeluar kat tut2..boleh nampak pulak tue..huhu ngeri!!pastu cik na just merancang gitu2 je :P)

Tapi nak buat macam mana rezeki tak de dalam waktu yg sgt2 lama ni..cuma tahun lepas cik na happy sgt2 lepas test urine positif..masa tu pukul 3 setengah pagi,cik na dpt rasa kelainan pd bulan tu,sbb suhu badan sgt2 panas..dan dah lewat 4 hari..cuma cik na x brani nak test awal2,takut kecewa..{walaupun dah biasa test tiap bulan kalo lewat then kecewa :P}hahaha...

Pagi tu cik na tak bagi tahu lagi pd en suami,esoknya cik na ajak en suami pergi breakfast kat luar,masa dalam kereta,cik na ckp lah nak g 7E,ada barang nak beli..so en suami tanya la barang apa la..pastu..dah si soal siasat cik na pun story la kt en suami..cik na ckp la pagi td ada buat test,positif..masa tu tgk muka en suami..tersipu2..senyum sampai mulut pun tak bleh ttup..asyik sengeh je..hahaha..tp cik na ckpla..jgn confident sgt..t kecewa..thats why nak beli yg bagus sikit pregnent test tue..then en suami beli la yang CLEAR BLUE,tapi bukan yg digital..yang keluar simbol (-/+) tu je..pastu en suami ckp la..patutla ajk g breakfast kat luar..selama ni bukan main ssh nak keluar breakfast :P

Sampai kat umah,cik na terus je test..mmg positif..huhu..happy tak tahu nak cerita,tersenyum sorang2..ye la dah brapa tahun tunggu..en suami lagila..terus jadi lagi carring..hahaha..punya la xcited..sampai ajk g klinik untuk double conform..sampai 1st klinik..(dua klinik pergi hoho)
doctor lelaki melayu..hurmm..tanya2..test..negatif!!huhu..padahal baru test pagi tadi..tak pun dia kata sbb awl lagi..dlm 4@5 weeks..dia scan..kata tak nmpk,tapi rahim mmg menebal,dia suh tunggu lagi 2 weeks.Dsebabkan tak puas hati,cik na g second klinik.
(xcited lebih tahap melampau)hehehe...doctor india perempuan pulak..dia tanya sakit apa..so cik na terus cakap nak cek untuk prengnent..pastu dia pun nak buat urine test..but cik na kata dh buat..tapi pagi tadi positif,but baru2 tadi negatif.
(cik na tak bg tahu la baru g klinik td..malu la.. ;P )
then doc tu cek nadi,tekanan darah..and dia kata mmg 90% cik hamil..so maybe sbb baru lagi,hormon masih tak tinggi...lega la cik na bila dengar mcm tue..huhu

Kegembiraan cik na terhenti,bila 2 ke 3 hari selepas dpt berita happy tu,malam tu cik na sakit perut dan pinggang sangat2..rasa mcm nak bersalin..fisrt dia sakit kat bahagian kaki dulu..kejang..sampai cik na igt tk ckup kalsium..g farmasi beli kalsium..berhenti sekejup,then makin sakit dalam kul 3,4 pagi..mcm nak putus pinggang cik na,tapi kekejangan mmg teruk cikna rasakan..dr pangkal peha ke bawah...Ya allah ...tak boleh bayang,masa bersalin tak la sakit kaki atau pinggang cm tue..sakit tu cik na tanggung sampaila ke petang hari..dalam pukul 5pm,cik na masih bergulung atas katil,ddk salah berdiri salah,menangis je la sorang..ttbe cik na rasa sakit benar kt bawah rahim..then g toilet..rasa nk PP,tapi tk de,last2..turun darah!!
masa tu Allah je tahu hati cik na..cik na bg tahu en suami,kami g hospital..

Sampai kat kecemasan,diorang wt test la..ambil darah semua,dan doctor gurl tu nak check dari bawah...hoho :(
dia start nak check kat bawah selepas reasult darah dah keluar..cik na tanya la..sy sure pregnent??then doc tu ckp..betul cik pregnent..but reasult sgt2 rendah..maybe sbb baru dia kata..masa dia check bawah,dia kata rahim still closed..okay je..maybe pendarahan awal kehamilan..so dia bg balik dulu..if banyak lagi..terus ke hospital..pas keluar dr hospital,cikna g klinik doctor lelaki tue,story kat dia,then dia bg ubat kuatkan rahim..

Tapi nasib cik na tak baik,pendarahan tu terus keluar..makin banyak,cik na terus g klinik kesihatan,MA kat ctue suruh cikna buat buku merah..masa buat buku merah ..lama la jugak,tanya macam2..baru jumpa doc..dia scan...dah 8 weeks :P
cantik je kantung dia..doc tu kata banyak berehat jgn wt apa2 kerja dlm 2 weeks ni..if ada darah atau mcm tisu2 yang keluar pergi hospital terus..
pendarahan mmg berterusan sampai 2 weeks..sampai masa kena g jumpa doc appoiment tu..dia scan..dah kosong :(
so dah tak perlu cuci..doc bagi vitamin..sayu hati cikna..
dah bertahun-tahun..tapi takpela..maybe itu yang terbaik..Allah dan rancangkan segalanya yang terbaik..so cikna redha..selamat tinggal anakku..jumpa ibu disana nanti..Insayaallah.

** Kat bawah ni boleh la di jadikan info dan rujukan..kut2 sama..cpt2 bertindak ya..mana tahu boleh selamat..lagi cepat kesan lagi baik.

Tanda-tanda keguguran di awal kehamilan

1 ** SAKIT
  Anda mungkin mengalami sakit dan kekejangan pelvis,sakit perut yang berterus atau sakit pada bawah belakang.Sakit mungkin akan berterusan selama beberapa hari sebelum atau selepas pendarahan terjadi.Kekejangan yang kuat mungkin satu tanda KEGUGURAN.
Yang ni cik na rasa kejang kat bahagian kaki,dari pangkal peha ke bawah..paling teruk sebelah kiri..pastu dah sehari dua,baru la naik ke pinggang..mcm nak putus pinggang..ala2 org nak bersalin tue..then baru la sakit memulas kat bahgian rahim..mcm sakit nak sengugut tu...tapi lagi kuat..cuma beza nya berterusan.Cik na rasa tanda ni sebelum pendarahan lagi sampailah betul2 dah keguguran.

2** PENDARAHAN
   Pendarahan faraj yang mungkin bertompok-tompok atau banyak yang menjadi lebih kerap dan sekali sekala.Pendarahan ini merupakan ,salah satu tanda KEGUGURAN,tetapi diingatkan..ia juga boleh terjadi pada kehamilan yang normal.
Pendarahan yang turun tu ala2 mcm period..tapi dia fresh blood..merah jernih..lama2..dah 2 weeks tue baru jadi hitam ketul2 keluar.But ada juga cousin cik na yg jd mcm ni..tapi skrg dh 7 months dh dia..selamat.

3** KEHILANGAN TANDA HAMIL/MENGANDUNG
   Jika badan anda terasa kembali kepada normal,dimana tanda kehamilan seperti mabuk hamil,keltihan,sakit belakang,telah hilang..ia memungkinkan tahap hormon telah jatuh diaman hormon tersebut tidak lagi mengekalkan kehamilan apabila semua tanda kehamilan telah hilang.
Betul sgt la..kan cik na rasa panas sebelum ni..tiba2 panas hangat2 tue hilang je..jd suam2 kuku..mabuk mmg takde dr awal..letih masih ada..cuma cik na dpt rasakan baby dah takde lagi.

4** KETIADAAN DENYUTAN JANTUNG BAYI
    Denyutan jantung bayi,biasanya boleh dikesan melalui ultrasound scan,jika denyutan jantung bayi tidak dapat dikesan,ia mungkin satu tanda bahwa bayi telah mati dan tidak berkembang.
Yang ni cik na tak sure plak..sbb masa scan doc takde cerita pula hal denyutan bayi ni. :)
tapi semua boleh fikir logik je kan..if ada apa2 mesti doc akan cakap pada cik na.

5** TIADA PERGERAKAN JANIN
    Anda harus sentiasa memerhati corak pergerakan bayi anda sepanjang hari,dimana bayi anda mempunyai tempoh waktu tidur,kadang2..ia berkekalan selama 4 jam.Jumpalah doktor anda sekirannya anda tidak merasakan atau kurangnya pergerakan bayi.Pergerakan bayi hanya boleh dirasa dalam antara minggu ke 18 dan minggu ke24
Tak sampai la tahap ni lagi..... :P

6** SAKIT BELAKANG
   Kadang-kadang,ibu hamil akan berasa kekejangan sakit belakang dan ketidakselesaan.Akan tetapi kesakitan yang tajam dan kerap mungkin merupakan kontraksi dan isyarat awal KEGUGURAN.
Sakit belakang mmg of course la cik na rasakan..mmg kuat..sekeliling pinggang..paling teruk pinggang belakang..membawa ke peha..betis.. huuuuuu..rasa dia macam menarik2 semua urat2..

7** UJIAN POSITIF HAMIL BERTUKAR NEGATIF
   Jika ujian diambil pada dua pagi berturut-turut,dimana hari pertama mendapat positif dan kembali kepada negatif pada hari kedua,ia bukan sahaja menjadi tanda KEGUGURAN,ia mungkin sahaja tanda kehamilan luar rahim atau ektopik.
Tepat sekali!lepas dah banyak kali turun darah tue..tiap2 pagi cik na akan test,mula2 ada..esoknya makin kabur..lusa sikit2 je nampak line..last2 hari yg appoiment klinik tu..langsung takde dah double line.. :(
test kat klinik pun negatif dah.

8**LELEHAN FARAJ
  Jika darah ketul dan tisu seperti daging keluar dari faraj,kemungkinan besar KEGUGURAN telah terjadi.
Darah ketul..mmg ada masa seminggu akhir sebelum keguguran,warna hitam..merah pekat,tapi tisu2 macam daging/perut ikan tu mmg tak ada la..sbb cik na gugur secara perlahan tapi pendarahan yg lama..sedikit2..last2 habis semua turun.
cuma satu hari sebelum g appoiment..cik na ada rasa sesuatu mcm benda tersekat kat tut2..g bilik ambil tisu..lap la kan,then ada mcm selaput warna putih jernih..dalam ada benda warna mcm kuning,bulat je..cik na buang aje la..sbb tak tahu apa..family kata tu la janin :(

9** SERVIKS TERBUKA
   Dalam kehamilan sihat dan normal,serviks biasannya kekal ditutup rapat sehingga beberapa minggu sebelum kelahiran bayi,jika serviks anda terbuka dalam tempoh beberapa minggu pertama kehamilan,risiko KEGUGURAN adalah tinggi.
Serviks cik na last check masa kat hospital kecemasan tu je la..pastu mmg tkde check dh kat situ..masa tu tak open pun okay je..

10** PARAS HORMON HCG JATUH
    Badan perlu mengekalkan tahap hormon untuk mengekalkan kehamilan,jika tahap hormon hcg jatuh,pada diawal kehamilan,risko KEGUGURAN adalah sangat tinggi.
Paras hormon sure2 la mmg jatuh..sbb test dah negatif..tanda2 hamil dah hilang..sakit makin berkurang..betul la tu..
sbb hormon hcg yg tggi tanda nya baby dalam keadaan baik,dan berkembang...
so..cik na sah keguguran pada 3 bulan di awal kehamilan ke2 cik na..takpela takde rezeki..harap2 esok2 ada lah ya,
doakan untuk cik na ya..dan cik na akan doakan semua ibu2 yg menanti zuriat dimakbulkan Allah..

Terima kasih bagi sesiapa yang sudi open and singgah di sini
sambil2 share..cik na nk simpan memori ni di sini..untuk anak2 dan keluarga masa hadapan..

semoga kita berjumpa lagi..
di lain ENTRY..maybe kisah berkenaan BERKHATAN pula..
harap2 lah ya..
Assalammualaikum..dan salam sejahtera...bye2