Rabu, 23 Mei 2018

Pengalaman bersalin secara pembedahan

Pengalaman Bersalin Secara Pembedahan

Askm,dan salam sejahtera.
alhamdullilah syukur masih berkesempatan untuk mecoretkan lagi blog pada kali ini,
harap coretan & pengalaman kna kali ini sedikit sebanyak dapat memberi sedikit info untuk ibu-ibu yang akan bersalin c-zer. 🤗

Apakah erti pembedahan czer @ caesarean

*Pembedahan czer atau dikenali sebagai c-section merupakan pembedahan yang dilakukan untuk ibu-ibu yang bersalin secara pembedahan,pakar perbidanan akan melakukan pemotongan pada perut & uterus dan seterusnya mengeluarkan bayi(baby) pada waktu itu.Pembedahan ini adalah pembedaham yang besar ya!!Major!
*Ada 2 sebab ibu-ibu akan lalui bersalin secara pembedahan,
 1.Dirancang
*Dirancang bermaksud ibu-ibu memilih bersalin secara pembedahan diatas sebab2 inginkan tarikh yang baik2,lebih mudah selepas bersalin dan mampu(jika hospital kerajaan bila ada risiko sahaja boleh bersalin czer)
*atau ibu-ibu mengalami komplikasi semasa kehamilan,seperi tekanan darah tinggi,kencing manis,kedudukan uri dibawah dan lain2 risiko yang boleh membahayakan nyawa ibu dan bayi!yang telah ditentukkan oleh doktor untuk bersalin secara pembedahan.
 2.Tidak dirancang
*Tidak dirancang,bermaksud ibu-ibu boleh bersalin secara normal,tetapi pada suatu ketika ibu-ibu mengalami komplikasi yang membahayakan nyawa ibu@bayi atau keduanya,dan doktor memutuskan untuk melakukan c-section secara tiba2..atau emergency c-section,bagi menyelamatkan nyawa ibu dan anak tersebut.
(macam kes Kna la,Kna semasa hamil mengalami masalah Placenta Privea
(kedudukan uri dibawah)sejak kandungan 25 minggu lagi)Jom baca pengalaman Kna 👇🏼👇🏼👇🏼


*Kna bersalin secara pembedahan dirancang dan ditentukkan sendiri oleh Pakar Perunding Perbidanan yang Kna booking untuk bersalin.Untuk makluman Kna ambil pakej FPP di hospital selayang,sbb boleh pilih doktor yang akan handle dan rawat dari hamil-bersalin,
Pada usia kandungan 18 minggu Kna dah call Selayang untuk Booking Slot la takut full,alhamdullilah ada satu kekosongan,dan dapat ketua perbidanan kat ctue,(dr philip)
dan Kna diberi tarikh temujanji pada usia kandungan 7 bulan,First jumpa dgn doc tu,dia pun dah inform mmg kedudukkan uri masih dibawah,dan doc tu beri peluang juga pada Kna sehingga kandungan 30 minggu,after kandungan dah mencecah 30 minggu sekali lagi doc mengesahkan kedudukan uri masih dibawah,dan doc terus bagi Kna tarikh untuk bersalin Czer tu pada 20 mac 2018,pada usia kandungan 35minggu jika tidak berlaku tumpah darah(bleeding)

*Kna hanya merancang,Allah yg tentukkan segalanya,pada kandungan masuk 34 minggu(11march 2018)pagi tu Dlm pukul 9 pagi,belum bangun dari katil lagi(belum breakfast)sbb malam tu tak tido sbb rasa baby mengeras lebih dr biasa,sampai pagi tak selesa nak tido,pusing kanan,kiri semua tak kena,sekjup bangun,berjalan..ingat biasala sbb di akhir kehamilan kan..pastu masa baring tu Kna pusing ke Kiri,then tiba tiba rasa panas+ada benda keluar banyak sgt rasa,dan non stop!!masa tu Kna cuak juga,tak bangun dlm 5 minit duk fikir macam2..apa nk jadi ni..pastu pelan2 Kna duduk,tgk atas katil penuh dgn darah!!ingat Air ketuban..Ya allah!dan Kna cari  handphone terus call husband,mase tu bg tahu dia and then dia suruh buat video call,apa lagi..terkejut la dia,terus g HR minta balik.After call hubby Kna call MA kebetulan dekat umah ada Klinik KK,call terus dia cari ambulans hari ahad waktu tu tapi cepat diaorang bertindak,mmg nasib Kna baik waktu tu..


*Lepas 20 minit ambulans sampai,MA & Nurse2 terus set up Kna,masuk jarum,semua2 tu dalam bilik Kna juga,Kna dah tak boleh nak bergerak!!sbb darah tak berhenti keluar mcm air paip yg tak tutup tu..cuba imagine!!😱Pastu Kna dbawa ke Klinik KK tu sebab doktor tunggu kat sana untuk check Kna dlu sebelum bawa ke hospital besar,dlm 30 minit juga la cek itu ini baru Kna dibawa ke hospital,sampai je kat hospital Kna ditolak ke bilik kecemasan,masa tu dtg doktor lelaki muda la..tanya2 sal uri tu..sejarah kesihatan,pastu nurse2 sibuk tukarkan 
baju kat Kna,mmg tgk rushing..mse tu tak tahu plak nk terus kena operate!!sbb kan biasa nk 
operate kena puasa!tapi sbb Kna tak sempat breakfast lagi ,jd doc pakar tu kata dh tak boleh
tunggu bahaya!Doktor pakar tu turun scan then terus proceed emergency czer.

*Sebenarnya Kna ni dr tahu nak kena operate 20march tu,mmg dh takut sgt2..sbb tak pernah kena operate apa2 seumur hidup..macam2 fikir,,sakit ke operate ni?masuk tiub kencing sakit ke?(untuk makluman,semua ibu2 yg akan bersalin secara pembedahan mesti dimasukkan tiub kencing tu)untuk mengelakkan gangguan saluran kencing ketika proses pembedahan dijalankan, bius sakit ke..lepas habis bius sakit ke??hehe mcm2 fikir tau!
Pastu nurse datang bawa tiub tu!!😱terus Kna tanya..nak masuk tiub dh ke?ye la dik(kata nurse)tak boleh masuk lepas bius ke?nurse jawab tak boleh dik,dah tak sempat,Kna tanya lagi,sakit ke?nurse jawab,tak sakit rasa tak selesa je sikit,jangan lawan..dh la masa tu Kna mmg tak tahan dah nak kencing,tapi diaorang semua tak bagi kencing sbb tak boleh 
bangun,darah banyak kan..pastu nurse tu set up tiub tu..dia sambung2 apa ntah,pastu sapu gel pada depan tiub,then dia kata saya nak masuk ni,jangan lawan..pastu Kna just tarik nafas..hembus pelan2..dan Kna sempat tanya dah siap ke?lama dh siap dik!!Hahahha🤭tak rasa apa2...tak la mcm Kna baca2 dBlog Blog..ada yg nyilu,sakit,tak selesa lepas tiub tu kat dalam,alhamdullilah..takde rasa apa!!magic kan...tetiba rasa kosong ke pundi kencing..bila keluar pun tak tahu!Heheh☺️

*Bila dah siap semua prosedur kat bilik kecemasan,Kna ditolak kebilik pembedahan,sampai kat bilik OT,doktor pakar bius tanya sejarah Kna,ada elergy apa2 ke..tahu ke nak kena bedah sebab apa,doktor nk sign husband jika incase ada jadi apa2 kena tambah darah ke kan..tapi hubby Kna masih otw dr KL- Raub pahang..doktor kata kena proceed segera,then Kna sign la sendiri😭
Pastu doktor bius dia xplain nak inject bius area tulang blakang,dan kna akan sedar sepanjang pembedahan tu tapi Tak SAKIT! cuma akan rasa goncangan je la kata dia,but Kna inform pada doc tu,Kna ada problem tulang belakang sejak sebelum hamil lagi,jd Kna tanya la takde risiko ke kalau inject tulang belakang tu(sbnrnya bukan la tulang belakang,area dia sahaja)dan akan kebas dr pinggang ke kaki.Pastu doc tu tekan2 la tulang belakang Kna,dia kata dia lebih prefer bius separa dari bius penuh,Kna tanya la kenapa,sbb bius penuh proses sedar tu makan masa,dan akan dimasukkan tiub ke dlm tekak dan bernafas melalui mesin,dan risiko pada baby,baby lambat menangis sbb effect bius penuh tu lebih dari separa,lebih kurang cm ni la doc tu xplain,pastu pakar perbidanan datang,dia ckp kenapa tak bius lagi ni emergency,then doc bius tu cakap dia ada problem tulang blakang..bla..bla..(ckp bahasa doctor)😅pastu Kna dengar doc pakar belah tu jawab,tak perlu tanya sbb dia mmg kenA bius penuh sbb emergency kes dan bleeding!!itu la Kna dengar..dan doc bius tu xplain la pasal bius penuh semua tu cm yg Kna xpalin tadi..then Kna ditolak ke Bilik prosedur!😱(masa ni cm blur,mcm2 perasaan dtg)tak tahu nak xplain cm mana,dgn suami takde,anak first dan mak tak tahu sampai ke belum ..sedey2😭

*Masuk je bilik tu Kna nampak lampu besar kat atas(cam pic bilik ot tu)pastu ada beberapa org berbaju hijau bertopengkan mask!suasana sunyi sepi..Kna diangakat ke katil prosedur,katil tu muat2 je..cm kerusi cabut gigi tu..tapi katil tu akan buat perut kita keatas😅
lebih kurang la...pastu dtg doc bius tadi ddk belakang kepala Kna..dia ckp saya nak bagi oksigen ni,tarik nafas dalam2 hembus,dan satu lagi duduk kat tangan Kiri Kna dia kata nak cucuk bius dah ni ya dik,pastu Kna tanya la sakit ke bius tu?dia jawab pedih je sikit..tapi Kna tak rasa pun apa2..mse tu doc bius tu dh nak letak oksigen tu kat muka,Kna pandang nurse @ doc yg cucuk bius tu ikut jarum pada tangan Kna,pastu Kna tak henti2 baca(Laillahaila anta subahannaka inilkuntumminalzallimin)pastu dlm masa yg sama Kna diarahkan untuk tarik nafas dlm2..then tak sampai beberapa saat Kna rasa dada cm ketat tiba2 nafas stop dan Kna tak sedar apa2 dah.😗😗

*Kna masuk bilik ot dlm pukul 11.44Pm cm tu la proses bius semua dlm kul 12 dth start dan Kna tak sedar semua ,first bila sedar Kna ada d bilik pemulihan,doc bius panggil2 nama..tanya full name,pastu tertido balik kut..pastu Kna ditolak ke bilik pemulihan ward,mse tolak tu baru jumpa hubby & mak..tapi mamai2 lagi..igt2 lupa..cm tu..sampai kat bilik,,nurse angkat ke katil ward tu..(bilik seorang)sbb kes bleeding doc tak hantar lagi ward bersalin kena pantau dlu sehari d ward pemerhatian.Tgk jam 4.30 ptg..WOW lama betul Kna tak sedar yea..baby pun 
tak jumpa lagi..sedih..dgr bunyi baby2 kat luar rasa nak melompat2 tgk..mana baby kan😭
pastu hubby masuk,siap pakai baju khas..tanya2 dia baby cm mana,dia kata okey..pukul 12.31 baby dh keluar..mean skjup je la after bius pukul 12.18pm,12.31 baby dh selamat dikeluarkan..apa yg lama sgt sampai 4.30 ptg baru sedar?hubby bagi tahu,doc kata Kna bleeding teruk kat bilik OT,kena cuci,habis 1 Liter lebih darah belum campur yg kat umah lagi kan..hurm...pastu Mak pulak nk jumpa..mak pun pakai la baju khas tu...baby masih tak jumpa.


*Dalam pukul 5 lebih kut,ada nurse masuk,Kna tanya la baby mana..awak tak jumpa lagi ke?kata dia,ye belum jumpa😢okay nt kak bawa..dia bahaskan diri dia kak☺️
pastu dia tolak baby ..mas tu allah je tahu sedih,hiba macam2 lagila..kak tu dia angkat letak kat seblah Kna..terus cium kepala je dpt,nak bangun Masya allah sakit!!dapat je cium,air mata terus jatuh..huhu😭nak try bg menyusu tak mampu sbb sakit betul dalam perut tu..duk fikir baby lahir dr 12.31 pm-5.30 takde minum apa sedih tau!!
Petang dlm kul 6 lebih ada nurse datang nak bawa baby masuk nicu sbb takut ada jangkitan kuman sbb kes bleeding tadi..sedih  lagi la kan..kena pisah lagi.

*Kan kena stay kat ward tu malam tu,bila Kna dibenarkan minum,Kna minum yg pertamanya 
adalah VIVIX SHAKLEE!!Sesudu besar kna minum,baru Kna minum air 100 Plus,air mineral,tapi sikit2 je la..pastu Esoknya doc belah tu dtg jumpa tanya okawy ke tak semua..dia cakap kalau cepat bangun,cuba berjalan cepat tanggal tiub..pastu lepas je lunch,Kna terus cuba bangun,masa tu Ya allah nak cuba duduk je rasa sering sgt2..dlm perut..nak cuba duduk tu pun susah..tapi Kna gagahkan
diri,kalau tak susah la nak naik ward bersalin dan ward kanak2 jumpa baby..Kna minta hubby tolong ampukan Kna,Kna cuba terus berdiri tegak!!(lagi cepat berdiri tegak lagi cepat darah berjalan lagi cepat sembuh)pastu dapat je berdiri,kna terus tegak..mase tu rasa dari rahim hingga pusat tertarik2,senak,rasa sering(faham ke tak?)hehe,pastu kna pergi toilet try kencing(mase start bangun tu tiub dh buka)mase buka tak rasa apa pun yea..beberapa saat sahaja.Pastu Kna cuba jalan lagi..sampai sakit dan tak selesa dlm perut tu makin berkurang,ptg tu Kna ditransfer ke ward bersalin,sepanjang malam Kna cuba bangun,bagi Kna yg susah masa nak bangun tu je sbb akan sakit..sbb cm kita teran kan bila nk bangun tu..mengiring pun sakit,malam tu Kna terus makan VIVIX tu,2 kali sehari..
Esoknya Kna dh makin okey,rasa bertenaga,cergas je..bila berjalan dah  boleh laju,nurse2 pun hairan..hehe...cuma bila nak mula bangun tu masih sakit la..pastu doc belah dtg round ward..xpalin itu ini..then Kna ckp nk stop morfin sbb tak tahan dgn morfin Kna jadi (shaking,ketar2)tak pakai sgt pun..tak sesuai!!

*hari ke 3,Kna dapat keluar,dibekalkan ubat tambah darah (sebab darah dh tinggal 8 je)!dan Tinza(cair darah)injection..utk 10 hari rasanya..jika Tinza la..kalu satu jnis lagi kena inject 2x sehari!
sbb Tinza ni mahal sikit.Tapi lebih baik la.Walaupun dapat keluar ward tapi kena masuk stay ward kanak2 plak,sbb baby ada kuning..hari ke 5 baru Kna dapat balik umah,rasa
nak terbang balik..dgn si abang nya tak sabar nak jumpa adik..ye la baru dapat adik umur dah 10 tahun..hehe.

*sepanjang tempoh berpantang dekat rumah,dlm hari ke 7 Kna dh tak sakit lagi dlm perut..Kna rasa mmg disebabkan makan VIVIX shaklee tu..mmg berkesan  memulihkan sel2 yg dh rosak..ada yg hairan Kna mmg cergas..tak gaya org berskain ..macam2 la Kna dgr diaorang bercakap..rahim pun cepat kecut..tapi masa nak kecut tu mmg sakit sgt..bukan sakit tempat belah,sakit rahim nak mengecut after dr lepas pembedahan  lagi ssmpi la balik umah tu ahri ke 7 ..pastu dh ansur2 kurang sakit..
jadi inila pengalaman Kna untuk dikongsi bersama,panjangkan!!tapi untuk penjelasan yg padat terpaksa la panjang ..hehe..tq pada yg sudi baca.apa2 kemusyilan boleh tanya k..selamat bergelar seorang ibu!!syg semua!!💋

*maaf typing guna phone je..banyak salah ejaan sorry ye!!tab rosak hehe
nt ada masa Kna betulkan jika berkesempatan😗
harap2 faham lah ye 😬🙏🏼


3 ulasan:

  1. Salam sis.. Mcm mana nk contact sis.. Saya nak tnya pasal uri di bawah tu.

    BalasPadam
  2. Salam sis..boleh tahu roughly total bil utk bersalin bedah kt
    fpp kt slyng tu?

    BalasPadam
  3. Sis Wassap sy 0177335606-nabila... saya baru lepas bersalin czer bius penuh.. boleh ke makan vivix + injection cair darah tu??

    BalasPadam