Selasa, 8 November 2016

Pengalaman memilih hospital dan kaedah berkhatan untuk anak First Cikna :P

Assalammualaikum,

Allhamdullilah Cik Na diberi kesempatan untuk story2 pengalaman CN bawa anak berkhatan tahun lepas,mcm yg CN janji hari tu pd entry lepas..kan nak story2..al maklum la..dh tak lama nak cuti sekolah..mesti mommy2,ibu2,mama2,mak2 dh planing or tgh google info yang terbaik bagi anak lelaki yg handsome2 tu kan..hehehe..

Mula- mula sekali mesti ada yg nak tahu bila masa sesuai untuk khatan kan anak2 kita..betul tak??
dari pembacaan CN,anak lelaki boleh je nak teruskan khatan kan dlm umur 2 bulan..tapi bagi CN agak terlalu muda sgt..alahai kesian yek..tapi sebenarnya..semasa bayi, lebih mudah untuk kita menjaga luka tersebut..dan bayi pun kurang rasa sakit semasa berkhatan disebabkan salur2 darah belum sampai sepenuhnya pada kawasan zakar..dan itu menyebabkan bayi tidak akan berasa sakit..dan lebih senang penjagaannya sbb bayi kan tak boleh berjalan..hehehe.

Okaylah..kita teruskan je cerita CN ya..tahun lepas..CN mmg dah rancang dari awal untuk khatankan anak CN ni,nama dia Dannish Fikri..masa tu dia baru darjah satu,mula2 CN bg la tahu sebab apa nak kena khatan,tempat yang nak dikhatan,then nampakla mcm dia takut mula2..pastu CN pun cari la cerita upin-ipin..yang episod berkhatan tu..pastu dia pun okay...hahaha..pandai tak CN manipulasi dia..hahaha.. ;)

Lepas CN dah google2..dah call banyak hospital swasta..akhirnya,CN pilih HOSPITAL PUSRAWI
bukan lah nak kata hospital goverment tak okay..cuma untuk lebih mudah nak cari date yang sesuai dan dibuat sendiri oleh Pakar yang berkenaan.Maklum la,Dannish tu dia jenis gemuruh sikit..ok,sebab apa CN pilih hospital ni??sbb doktor yang buat ni dia mmg dh pakar dan terkenal dah..lagi pun,doctor ni dia ada buat juga under hospital KPJ,tapi tak sure plak KPJ yg mana..sbb dh call banyak hospital.. :P
Tapi harga kos Di Pusrawi dan Kpj,memang jauh berbeza..tapi doktor yang sama..Pusrawi lebih murah..jadi CN pilih la hospital ni.

Di bawah ni ada info jenis2 yang boleh mommy2 pilih untuk anak handsome mommy2..then nt CN akan beritahu kaedah mana yang CN pilih untuk Dannish okay!!

**sebelum terlupa..nak story ni..malam sebelum nak berkhatan tu,ada ker tetiba,dannish leh demam,cirit birit,muntah..masa tu ada kat Berjaya Times Square,tengah nak main bowling..ala kira nak happykan dia la..sbb dia minat bowling..pastu hurmm..takde la..terbalik lak jadinya..CN yang beria main2..last2 game ke2 dah tak main!!Rugi bayar...dah nampak teruk..terus CN bawa dia g klinik kat Jalan Pudu..yang kat situ je tahu 24 jam dan  yang logik casnya..hehe..
Esoknya,CN call hospital tanya..boleh ke nak buat prosedur if tak sihat..then dia minta datang dulu..pastu masa kat hospital,staff call doktor,then doc tu ckp boleh je..sbb jd mcm tue maybe dia takut..hahaha..tapi CN takde lak nampak mcm dia takut ke apa,steady jer..agak2 nya dia simpan lah tue perasaan takut tu..cover kut..sampai bawa ke demam..haha apa la anak Ibu ni..
**nt Dannish baca BLOG ibu jangan marah ya>> :)

Okay jom...

Kaedah-kaedah Berkhatan

Abu Hurairah r.a., katanya: Rasulullah s.a.w. bersabda: “Nabi Ibrahim a.s. berkhatan dengan kapak dan beliau dalam usia lapan puluh tahun”. (Hadis Sahih Bukhari Jilid 3. Hadis Nombor 1474).
Dalam Islam, berkhatan bermakna memotong lebihan kulit kemaluan bagi mengelakkan ia menutupi keseluruhan kemaluan.

Tujuannya pula bagi memastikan kemaluan seseorang itu bersih daripada kekotoran yang terhasil di bawah lebihan kulit berkenaan.

Dalam kaedah sains perubatan pula, berkhatan bermaksud membuang lapisan kulit yang membalut bahagian depan alat kelamin lelaki yang disebut ‘Qulfah’ kerana lapisan ini mengandungi najis dan lebihan alat kelamin lelaki.

Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) melalui Program HIV/Aids Bersama Bangsa-bangsa Bersatu dan Pusat Kawalan Penyakit (CDC) juga mendapati berkhatan dapat mengurangkan risiko jangkitan virus HIV.

Malah, hasil kajian juga mendapati kanak-kanak lelaki yang berkhatan mempunyai masalah jangkitan saluran kencing lebih rendah berbanding kanak-kanak tidak berkhatan. Masalah zakar seperti keradangan, kerengsaan dan jangkitan sangat kerap berlaku di kalangan lelaki tidak berkhatan.
Dalam proses berkhatan, ia boleh dibahagikan kepada beberapa kaefah iaitu tradisional, konvensional dan moden.

KAEDAH TRADISIONAL
Kaedah berkhatan tradisional biasanya dilakukan oleh Tok Mudim yang tidak menggunakan bius. Kebiasaannya, pesakit dikehendaki untuk berendam didalam air sejuk selama beberapa lama sebelum menjalani proses berkhatan untuk memberi rasa kebas.
Teknik ini menggunakan kelengkapan seperti pisau, gunting dan penyepit. Teknik ini adalah agak rumit kerana ianya memerlukan teknik jahitan bagi menjahit luka.
Proses penjagaan selepas selesai berkhatan kaedah tradisional juga dikatakan sedikit rumit dan luka memakan masa lama untuk sembuh.
**Yang ni memang dari awal la CN tolak tepi,sebabnya dah tau yg Dannish memang akan takut punya..bukan dia je takut dengan CN pun akan takut jugak.Lagi pun proses nak sembuh luka tu agak perlahan dan lambat.Dan jarang dah orang guna kaedah ni sekarang..zaman2 dulu steady la.. hehe :)

KAEDAH KONVENSIONAL
Kaedah konvensional adalah penambahbaikan kepada kaedah tradisional. Penggunaan bius telah digunakan bagi mengurangkan rasa sakit semasa proses berkhatan.
Terdapat berbagai jenis peralatan yang boleh digunakan untuk kaedah konvensional ini. Kaedah konvensional yang lebih murah ialah dengan menggunakan pisau (blade) dan gunting. Teknik jahitan pula digunakan untuk memberhentikan pendarahan.
Kaedah lain yang lebih mahal ialah dengan menggunakan alat yang dimanakan ‘Cautery’ bagi menggantikan penggunaan pisau dan gunting. Alat ini sering disalah erti sebagai laser.
Cautery ini adalah satu alat yang menggunakan elektrik atau bateri. Ia menghasilkan haba di hujungnya dan boleh digunakan untuk memotong lebihan kulit dan membakar salur darah bagi mengurangkan pendarahan.
Namun, kaedah ini mengambil masa yang lama sedikit di antara 20 minit sehingga 45 minit bergantung kepada pesakit dan tahap pendarahan.
** CN pilih kaedah ini lah...kaedah ni lebih kurang sama dengan kaedah tradisional,cuma 
beza nya,banyak pilihan,macam yang info kat atas ni la..jadi CN pilih kaedah Cautery,kebanyakkan orang ingat alat cautery tu LASER..jangan salah ye..LASER CN rasa cuma ada di singapore..Kat Malaysia belum dengar lagi..lagi pun kos tinggi..
Kaedah ni dia akan bagi bius setempat,then akan guna alat Cautery tu la,masa prosedur mula2 CN ingat boleh temankan dia,tapi tak boleh,tinggal la CN ngan Mak & Husband kat luar..sedih..fikir dia takut ke kan..hurmm.
Dalam 30 minit lebih..siap la  prosedur tue,tak menangis pun..cuma dengar dia menjerit masa bius je..itu pun nurse yang bagi tahu jd mmg betul la dia yg menjerit,hahaha..pastu dah tak menangis dah.
Ni la pic alat tue..

 Ni la alat yang digunakan..seram tak??hehe...banyak yang kata Laser maybe tgk pada hujung api tu kut.. :)
Lepas dah siap prosedur,CN and family balik ke Hotel semula..masa kat hotel tu CN tgk..takde kesan luka pun,kering..jahitan pun sgt2 kemas dan cantik gitue..macam bentuk cendawan je..cantik je..suke2...suke hasil tangan doktor tu..Thnaks doktor!!
Rasanya tak sampai 2 minggu dah baik..jahitan semua dah tak ada..doktor ada bekalkan ubat makan dan ubat sapu aje..tapi CN sangat2 lah kuat berpantang ya..jadi CN jaga makan minum dia..itu pun salah satu sebab luka cepat baik dan tak bernanah..kering je..satu nak pesan.lepas 2 hari..suruh ank2 berjalan..bila tak berjalan langsung..lagi bahaya,dan susah untuk sembuh luka..sebab darah tak berjalan dengan sepatutnya.Berjalan sekejup2 aje la..maksudnya jgn asyik baring atau duduk aje.
Satu lagi kelebihan kaedah ni..nt 'anu'ANAK kita lebih smart dan kemas je..hehehe.. :P

KAEDAH MODEN
Kaedah rawatan moden adalah dengan menggunakan bius dan menggunakan teknik sepitan atau ‘Clamp’ bagi menggantikan teknik potong dan jahitan. Kaedah ini adalah cepat kerana tidak memerlukan jahitan. Selepas 7 hari, pesakit hanya perlu pergi ke klinik untuk menanggalkan ‘Clamp’.
Walaubagaimanapun, ada terdapat sedikit masalah terpencil terhadap teknik ‘Clamp’. Kebanyakan pesakit akan dapat menanggalkan ‘Clamp’ dengan mudah secara sendiri, namun ada sebahagian kecil yang menghadapi masalah ketika proses penanggalan.
Sekiranya penyembuhan luka tidak berlaku dengan sempurna, ketika proses membukanya kadang-kadang pesakit akan merasa sakit kerana berlaku sedikit pendarahan.
**First CN nak buat kaedah CLAMP ni,sebab senang untuk Dannish,boleh berjalan semua macam biasa,tapi bila tanya pada staff..diorang kata,boleh buat if saiz Zakar yang sesuai..sbb Dannish kan kecik ag..tapi banyak juga dengar risiko..ada yang kena sunat semula sbb tak cukup tarik..ada yang tak boleh nak tanggal,sampai pendarahan,ada yang tertanggal awal..hurm..banyak sgt risiko nya..takut plak..tapi bergantung pada individu..sbb adik sepupu CN okay je buat kaedah Clamp ni..cuma beza dengan Cautery tu Clamp tk ada jahitan..jadi bentuk "anu"mmg berbeza..hehehe..tak se smart kaedah Cautery.

KESIMPULAN
Cara yang bagaimana anda pilih untuk mengkhatankan anak anda bergantung kepada pilihan masing-masing. Jika tidak mahu pendarahan semasa berkhatan, proses yang pantas dan mudah dijaga maka pilihlah teknik ‘Clamp’.**Tapi kaedah Cautery yg CN pilih pun xde pendarahan..kering ajer..atau bergantung pada Individu atau Doktor agaknya.. :P

Sekiranya mahukan cara konvensional, ada jahitan dan kurang pendarahan, gunakan cara cautery yang menggunakan teknik potong dan jahit.
Kaedah tradisional sudah hampir pupus atau sudah pupus sepenuhnya kerana ramai yang tidak menyukainya kerana ianya adalah menyakitkan.
**Ya betul..kaedah ni bagi CN adalah yang terbaik..dan tiada banyak risiko yang perlu ditanggung!!

Walau apapun, semua kaedah adalah baik dan mendatangkan hasil yang baik di penghujungnya kerana mengamalkan salah satu sunnah yang dituntut.
**Betul..apa pun pilihan mommy2..akhirnya akan menjadi yang terbaik juga buat anak mommy2 yang handsome tue..

Penjagaan selepas berkhatan adalah sangat mustahak bagi memastikan penyembuhan yang cepat dan tidak menyakitkan kanak-kanak. Bantulah anak anda dalam menjaga kebersihan serta pemakanan semasa tempoh penyembuhan atau ‘berpantang’.

Tip-tip tambahan:
1) Untuk penyembuhan yang cepat,berikan suppliment yang tepat sebagai pemakanan tambahan bagi menambahkan zat-zat yang diperlukan di dalam badan serta menguatkan imun sistem.
2) Gunakan ubatan yang dibekalkan oleh pihak hospital dengan mengikut arahan yang diarahkan. Untuk sapuan di bahagian yang luka bagi membantu penyembuhan dengan cepat dan tidak memedihkan.
3) Elakkan luka berkhatan daripada terkena air bagi membantu pengeringan luka dengan cepat dan mengelakkannya daripada bernanah.Jika terkena air,gunakan kapas untuk mengeringkannya.
4)Berpantang dengan sebaik-baiknya okay !!

Nak tahu kos nya Brapa??
Jup ya, :)

Kat bawah ni CN akan share pic sikit ..jom layan... :)

             Ni la kos nya..jeng2.. : Total semua RM 558.00                                           

              Ni bilik prosedur Berkhatan tue..                   

                Masa ni la Dannish dah start nak muntah2.. :) haha
                                                           
                 Dah siap!!yeay..tak nangis pun..cuma rambut "Tuan Anas"dah 
                 serabut sikit.. hehe tahniah anak ibu dah jadi Lelaki Sejati :P                                            

Haha kasih seorang nenek..punya la sedih..biasala..cucu Pertama..
satu-satunya cucu Dia pula..hai la mak..hahahaha :)

Tgk ayah dia..xcited lah plak...cover sikit ...:P
Dah selesai..nak nalik dah :)

**Tarikh peristiwa : 9/12/2015**

Khamis, 4 Ogos 2016

Tanda-tanda keguguran diawal kehamilan

Assalammualaikum dan selamat malam :)Ingat tak cik na janji nak story pengalaman keguguran anak ke2 cik na..okay kat bawah ni cik na sertakan tanda-tanda dan apa yang terjadi pada diri cik na sendiri..harap2 semua ibu2 dan bakal ibu boleh menambah informasi bersama-sama okay:)

**cik na hamil kali ke2 pada (7 ogos 2015) selepas 5 tahun berhenti merancang,
(anak 1st cik na 8 tahun sekarang,start dari dia lahir,sampai umur 3 tahun sahaja,cik na merancang..ada masa try makan ubat,pernah sekali masuk alat yang kat rahim tu..but,sekejup je dalam 2 hari..sbb rahim jadi sgt2 sakit..dan benang dia terkeluar kat tut2..boleh nampak pulak tue..huhu ngeri!!pastu cik na just merancang gitu2 je :P)

Tapi nak buat macam mana rezeki tak de dalam waktu yg sgt2 lama ni..cuma tahun lepas cik na happy sgt2 lepas test urine positif..masa tu pukul 3 setengah pagi,cik na dpt rasa kelainan pd bulan tu,sbb suhu badan sgt2 panas..dan dah lewat 4 hari..cuma cik na x brani nak test awal2,takut kecewa..{walaupun dah biasa test tiap bulan kalo lewat then kecewa :P}hahaha...

Pagi tu cik na tak bagi tahu lagi pd en suami,esoknya cik na ajak en suami pergi breakfast kat luar,masa dalam kereta,cik na ckp lah nak g 7E,ada barang nak beli..so en suami tanya la barang apa la..pastu..dah si soal siasat cik na pun story la kt en suami..cik na ckp la pagi td ada buat test,positif..masa tu tgk muka en suami..tersipu2..senyum sampai mulut pun tak bleh ttup..asyik sengeh je..hahaha..tp cik na ckpla..jgn confident sgt..t kecewa..thats why nak beli yg bagus sikit pregnent test tue..then en suami beli la yang CLEAR BLUE,tapi bukan yg digital..yang keluar simbol (-/+) tu je..pastu en suami ckp la..patutla ajk g breakfast kat luar..selama ni bukan main ssh nak keluar breakfast :P

Sampai kat umah,cik na terus je test..mmg positif..huhu..happy tak tahu nak cerita,tersenyum sorang2..ye la dah brapa tahun tunggu..en suami lagila..terus jadi lagi carring..hahaha..punya la xcited..sampai ajk g klinik untuk double conform..sampai 1st klinik..(dua klinik pergi hoho)
doctor lelaki melayu..hurmm..tanya2..test..negatif!!huhu..padahal baru test pagi tadi..tak pun dia kata sbb awl lagi..dlm 4@5 weeks..dia scan..kata tak nmpk,tapi rahim mmg menebal,dia suh tunggu lagi 2 weeks.Dsebabkan tak puas hati,cik na g second klinik.
(xcited lebih tahap melampau)hehehe...doctor india perempuan pulak..dia tanya sakit apa..so cik na terus cakap nak cek untuk prengnent..pastu dia pun nak buat urine test..but cik na kata dh buat..tapi pagi tadi positif,but baru2 tadi negatif.
(cik na tak bg tahu la baru g klinik td..malu la.. ;P )
then doc tu cek nadi,tekanan darah..and dia kata mmg 90% cik hamil..so maybe sbb baru lagi,hormon masih tak tinggi...lega la cik na bila dengar mcm tue..huhu

Kegembiraan cik na terhenti,bila 2 ke 3 hari selepas dpt berita happy tu,malam tu cik na sakit perut dan pinggang sangat2..rasa mcm nak bersalin..fisrt dia sakit kat bahagian kaki dulu..kejang..sampai cik na igt tk ckup kalsium..g farmasi beli kalsium..berhenti sekejup,then makin sakit dalam kul 3,4 pagi..mcm nak putus pinggang cik na,tapi kekejangan mmg teruk cikna rasakan..dr pangkal peha ke bawah...Ya allah ...tak boleh bayang,masa bersalin tak la sakit kaki atau pinggang cm tue..sakit tu cik na tanggung sampaila ke petang hari..dalam pukul 5pm,cik na masih bergulung atas katil,ddk salah berdiri salah,menangis je la sorang..ttbe cik na rasa sakit benar kt bawah rahim..then g toilet..rasa nk PP,tapi tk de,last2..turun darah!!
masa tu Allah je tahu hati cik na..cik na bg tahu en suami,kami g hospital..

Sampai kat kecemasan,diorang wt test la..ambil darah semua,dan doctor gurl tu nak check dari bawah...hoho :(
dia start nak check kat bawah selepas reasult darah dah keluar..cik na tanya la..sy sure pregnent??then doc tu ckp..betul cik pregnent..but reasult sgt2 rendah..maybe sbb baru dia kata..masa dia check bawah,dia kata rahim still closed..okay je..maybe pendarahan awal kehamilan..so dia bg balik dulu..if banyak lagi..terus ke hospital..pas keluar dr hospital,cikna g klinik doctor lelaki tue,story kat dia,then dia bg ubat kuatkan rahim..

Tapi nasib cik na tak baik,pendarahan tu terus keluar..makin banyak,cik na terus g klinik kesihatan,MA kat ctue suruh cikna buat buku merah..masa buat buku merah ..lama la jugak,tanya macam2..baru jumpa doc..dia scan...dah 8 weeks :P
cantik je kantung dia..doc tu kata banyak berehat jgn wt apa2 kerja dlm 2 weeks ni..if ada darah atau mcm tisu2 yang keluar pergi hospital terus..
pendarahan mmg berterusan sampai 2 weeks..sampai masa kena g jumpa doc appoiment tu..dia scan..dah kosong :(
so dah tak perlu cuci..doc bagi vitamin..sayu hati cikna..
dah bertahun-tahun..tapi takpela..maybe itu yang terbaik..Allah dan rancangkan segalanya yang terbaik..so cikna redha..selamat tinggal anakku..jumpa ibu disana nanti..Insayaallah.

** Kat bawah ni boleh la di jadikan info dan rujukan..kut2 sama..cpt2 bertindak ya..mana tahu boleh selamat..lagi cepat kesan lagi baik.

Tanda-tanda keguguran di awal kehamilan

1 ** SAKIT
  Anda mungkin mengalami sakit dan kekejangan pelvis,sakit perut yang berterus atau sakit pada bawah belakang.Sakit mungkin akan berterusan selama beberapa hari sebelum atau selepas pendarahan terjadi.Kekejangan yang kuat mungkin satu tanda KEGUGURAN.
Yang ni cik na rasa kejang kat bahagian kaki,dari pangkal peha ke bawah..paling teruk sebelah kiri..pastu dah sehari dua,baru la naik ke pinggang..mcm nak putus pinggang..ala2 org nak bersalin tue..then baru la sakit memulas kat bahgian rahim..mcm sakit nak sengugut tu...tapi lagi kuat..cuma beza nya berterusan.Cik na rasa tanda ni sebelum pendarahan lagi sampailah betul2 dah keguguran.

2** PENDARAHAN
   Pendarahan faraj yang mungkin bertompok-tompok atau banyak yang menjadi lebih kerap dan sekali sekala.Pendarahan ini merupakan ,salah satu tanda KEGUGURAN,tetapi diingatkan..ia juga boleh terjadi pada kehamilan yang normal.
Pendarahan yang turun tu ala2 mcm period..tapi dia fresh blood..merah jernih..lama2..dah 2 weeks tue baru jadi hitam ketul2 keluar.But ada juga cousin cik na yg jd mcm ni..tapi skrg dh 7 months dh dia..selamat.

3** KEHILANGAN TANDA HAMIL/MENGANDUNG
   Jika badan anda terasa kembali kepada normal,dimana tanda kehamilan seperti mabuk hamil,keltihan,sakit belakang,telah hilang..ia memungkinkan tahap hormon telah jatuh diaman hormon tersebut tidak lagi mengekalkan kehamilan apabila semua tanda kehamilan telah hilang.
Betul sgt la..kan cik na rasa panas sebelum ni..tiba2 panas hangat2 tue hilang je..jd suam2 kuku..mabuk mmg takde dr awal..letih masih ada..cuma cik na dpt rasakan baby dah takde lagi.

4** KETIADAAN DENYUTAN JANTUNG BAYI
    Denyutan jantung bayi,biasanya boleh dikesan melalui ultrasound scan,jika denyutan jantung bayi tidak dapat dikesan,ia mungkin satu tanda bahwa bayi telah mati dan tidak berkembang.
Yang ni cik na tak sure plak..sbb masa scan doc takde cerita pula hal denyutan bayi ni. :)
tapi semua boleh fikir logik je kan..if ada apa2 mesti doc akan cakap pada cik na.

5** TIADA PERGERAKAN JANIN
    Anda harus sentiasa memerhati corak pergerakan bayi anda sepanjang hari,dimana bayi anda mempunyai tempoh waktu tidur,kadang2..ia berkekalan selama 4 jam.Jumpalah doktor anda sekirannya anda tidak merasakan atau kurangnya pergerakan bayi.Pergerakan bayi hanya boleh dirasa dalam antara minggu ke 18 dan minggu ke24
Tak sampai la tahap ni lagi..... :P

6** SAKIT BELAKANG
   Kadang-kadang,ibu hamil akan berasa kekejangan sakit belakang dan ketidakselesaan.Akan tetapi kesakitan yang tajam dan kerap mungkin merupakan kontraksi dan isyarat awal KEGUGURAN.
Sakit belakang mmg of course la cik na rasakan..mmg kuat..sekeliling pinggang..paling teruk pinggang belakang..membawa ke peha..betis.. huuuuuu..rasa dia macam menarik2 semua urat2..

7** UJIAN POSITIF HAMIL BERTUKAR NEGATIF
   Jika ujian diambil pada dua pagi berturut-turut,dimana hari pertama mendapat positif dan kembali kepada negatif pada hari kedua,ia bukan sahaja menjadi tanda KEGUGURAN,ia mungkin sahaja tanda kehamilan luar rahim atau ektopik.
Tepat sekali!lepas dah banyak kali turun darah tue..tiap2 pagi cik na akan test,mula2 ada..esoknya makin kabur..lusa sikit2 je nampak line..last2 hari yg appoiment klinik tu..langsung takde dah double line.. :(
test kat klinik pun negatif dah.

8**LELEHAN FARAJ
  Jika darah ketul dan tisu seperti daging keluar dari faraj,kemungkinan besar KEGUGURAN telah terjadi.
Darah ketul..mmg ada masa seminggu akhir sebelum keguguran,warna hitam..merah pekat,tapi tisu2 macam daging/perut ikan tu mmg tak ada la..sbb cik na gugur secara perlahan tapi pendarahan yg lama..sedikit2..last2 habis semua turun.
cuma satu hari sebelum g appoiment..cik na ada rasa sesuatu mcm benda tersekat kat tut2..g bilik ambil tisu..lap la kan,then ada mcm selaput warna putih jernih..dalam ada benda warna mcm kuning,bulat je..cik na buang aje la..sbb tak tahu apa..family kata tu la janin :(

9** SERVIKS TERBUKA
   Dalam kehamilan sihat dan normal,serviks biasannya kekal ditutup rapat sehingga beberapa minggu sebelum kelahiran bayi,jika serviks anda terbuka dalam tempoh beberapa minggu pertama kehamilan,risiko KEGUGURAN adalah tinggi.
Serviks cik na last check masa kat hospital kecemasan tu je la..pastu mmg tkde check dh kat situ..masa tu tak open pun okay je..

10** PARAS HORMON HCG JATUH
    Badan perlu mengekalkan tahap hormon untuk mengekalkan kehamilan,jika tahap hormon hcg jatuh,pada diawal kehamilan,risko KEGUGURAN adalah sangat tinggi.
Paras hormon sure2 la mmg jatuh..sbb test dah negatif..tanda2 hamil dah hilang..sakit makin berkurang..betul la tu..
sbb hormon hcg yg tggi tanda nya baby dalam keadaan baik,dan berkembang...
so..cik na sah keguguran pada 3 bulan di awal kehamilan ke2 cik na..takpela takde rezeki..harap2 esok2 ada lah ya,
doakan untuk cik na ya..dan cik na akan doakan semua ibu2 yg menanti zuriat dimakbulkan Allah..

Terima kasih bagi sesiapa yang sudi open and singgah di sini
sambil2 share..cik na nk simpan memori ni di sini..untuk anak2 dan keluarga masa hadapan..

semoga kita berjumpa lagi..
di lain ENTRY..maybe kisah berkenaan BERKHATAN pula..
harap2 lah ya..
Assalammualaikum..dan salam sejahtera...bye2

Rabu, 3 Ogos 2016

Tanda tanda penyakit buah pinggang

Assalammualaikum,salam sejahtera.

PENYAKIT BUAH PINGGANG
Disini Cik na akan ceritakan serba sedikit berkenaan tanda-tanda seseorang yang menghidap penyakit buah pinggang..pengalaman ini Cik na ambil dari Arwah ayah cik na sendiri yang menghidap penyakit buah pinggang.

Pada awal sebelum ayah cik na tahu yang dia dapat penyakit ni,dia dah pun menghidapi tekanan darah tinggi dan kencing manis,bertahun juga la dia makan ubat bagi kedua-dua penyakit tu..
tapi ayah ni jenis orang yang tergolong dalam sharp on time dalam pengambilan ubatan,sebab tu lah ayah mampu maintain je dua penyakit diatas,dan selepas bertahun-tahun,ayah ada mengadu sakit betis,macam kekejangan...kadang-kadang cramp..

Sampai satu tahap ayah ingat dia kena penyakit gaout...so dia pandai-pandai la pergi farmasi beli ubat gaout..sebab dia kata betis dia dh bengkak..so aku pun ikutkan je la..ingat ye la kan dia sakit gaout..lama jugak la dia makan ubat tu..

Satu masa,ayah ke klinik..nurse kata ayah disyaki ada buah pinggang..lepas dia tahu dia dijangka ada buah pinggang ayah terus tak pergi klinik 2 tahun tanpa madical check up
ayah cuma beli ubat je di farmasi,ubat tu nama dia mitformen rasanya bunyi dah betul,cuma ejaan je la kalau salah :P
so ayah bergantung dengan ubat tu je la...nurse tu kata ayah cuma disyaki sahaja,tak semesti kena cuci,tapi al -maklum la pemikiran orang dulu-dulu..
"bila cuci akan pergi selamanya"

And pada 2 tahun lepas (2013),ayah jadi lebih different,ayah tak ada deria rasa,hilang selera makan,pelupa,selalu jatuh,kepanasan,jalan pun mengiring ke tepi..
Anemia, marah-marah tapi tak sedar bila marah!!
Satu hari,ayah mengadu sakit dada..saya bawa ayah ke hospital..doktor sah kan ayah peparu berair,jantung sebelah bengkak,dan buah pinggang bermasalah..
ayah diwadded,dan ketiga-tiga penyakit kat atas tadi yang betul cuma buah pinggang sahaja,so dr panggil saya untuk bincang tentang penyakit tu..
"OMG" terkejut saya bila dr kata ayah sudah berada di tahap 5 atau akhir penyakit DIALISIS pada kedua-dua sekali..sedih..sebab cara nak pulih kena ada penderma..tapi tahu-tahu la...yang request berapa ramai...

Doktor suggest ayah kena buat vistular(tapak laluan cuci darah) dr tanya la "ada duit tak"?
so saya tanya la sbp apa..and then dia ckp la kena buat laluan untuk cuci walaupun belum masa disuggest untuk cuci kira kena spare la maksud dr tu..sbp di tahap 5,anytime je bila urine dalam air kencing tinggi akan kena cuci..kalo tak akan jadi highpo..betul ke ejaan??:)
kalo kita takde duit boleh tunggu buat di hospital kerajaan tapi ikut giliran..
memandangkan ayah dah tahap kritikal..aku pun bawalah ayah ke hospital kpj kuantan kat alor akar tu..so total dekat la 2k..tapi cantik dr tu buat :P

Otw dari perjalanan balik buat vistular,ayah muntah-muntah teruk..ayah pening,ketar,tangan pucat macam takde darah!and sampai ayah sendiri request suruh hantar dia terus ke hospital..
sampai kat hospital,dr ckp ayah dh kena cuci,so kena transfer ke hospital besar temerloh,sbb tapak yang buat tu belum matang(belum boleh guna)
sbb nak kena buat jalan cuci di leher!
sampai di hospital temerloh ayah duduk dalam bilik OT dekat 1 jam jugak la..
esoknya dah start cuci..ayah nangis sedih ;(
ayah pun kena tambah darah,sbb proses buah pinggang dah tak aktif lagi.

Selepas lebih kurang setahun ayah dialisis,ayah pergi meninggalkan kami sekeluarga,pada 10 jun 2014..apa yang sedih, sehari selepas celebrate hari lahir ayah 9 jun 2014..ayah tiada lagi bersama kami,peninggalan ayah tersangatlah memakan diri cik na,tapi Alhamdullilah,cik na dan husband sangup berhenti kerja untuk menjaga ayah,dan buat yang terbaik untuk ayah,semoga ayah tenang disana.
Disini cik na selitkan tanda-tandanya :

 1--Ketidakselesaan atau rasa terbakar ketika membuang air kecil. *ini memang makin ketara bila ayah berada di tahap lebih kritikal,rasa nak kencing tapi tak keluar,dan rasa sakit.

2 -Darah keluar bersama-sama air kencing.* betul,jika buat ujian air kencing mesti dapat detect!samaada tinggi atau rendah.

3 -Perubahan pada kekerapan membuang air kecil.* permulaan banyak,lama kelamaan sedikit,dan tiada terus,atau setitik dua.

4 -Sakit belakang.*susah tidur disebabkan sakit belakang macam panas ..tidak selesa

5-Kerap buang air kecil, terutama pada tengah malam.*tanda ni ayah start dari sebelum dia kena kencing manis lagi,tapi bila dah makin teruk,lagi ketara tanda ni

6-Bengkak pada pergelangan kaki.*ha,disebabkan tanda ni la dr ingat ayah ada peparu berair,gout..tapi sebenarnya buah pinggang

7-Sembap pada keliling mata yang berlarutan, terutama pada sebelah pagi.*sembab pada mata tu ada,cuma lebih ketara pada pipi..memang nampak bengkak je..

#so ni la tanda-tanda yang ayah cik na alami,tanda-tanda yang cik na ceritakan ni adalah pengalaman sepanjang cik na menjaga ayah ketika dia mula diserang buah pinggang sampailah di peringkat akhir,pesanan cik na ,jika family kita ada tanda ni cepat la bawa utk medical check up,lebih cepat dikesan lebih baik,boleh dirawat,dan diubati,so apa-apa yang tersalah di entry kali ni minta ampun maaf,sbb ni adalah pengalaman untuk dishare shj..lain org lain lah kot..

apa-apa pun terima kasih jika ada yang sudi membaca..Assalammualaikum,salam mesra.
bye..bye :P

*pergi la ayah dengan tenang..insyaallah semoga kita berjumpa disana nanti
*untuk bacaan ahli keluarga di masa hadapan
*yang sudi singgah terima kasih banyak-banyak. :P

Pengalaman hamil dan tanda-tanda bersalin

Assalammualaikum,
sambungan dari cerita ciri-ciri hamil..kali ni cik na nk share pengalaman sendiri
semasa hamil anak 1st dahulu..kut2 boleh dijadikan sebagai info yang baik untuk semua.

Pendahuluan terjadinya kehamilan :P

**Cik Na dinikahkan pada 24 jan 2007,tapi kenduri besar kami buat pd 9 jun 2007*sbbnya masa tu tak habis belajar lagi,dan mak abah mertua nak pergi haji,so we all dh xcited sgt nak kawen,then di kahwinkan..wink2...hahaha :P
But,allah tu maha besar,kami di beri kabar baik selepas selesainya kenduri besar kami tu..sebulan selepas kenduri tu cik na berjaya hamil..sblm tu ada jugak takut2 kalo hamil sblm kenduri bulan 6 tue.sbb mmg tkde rancang apa-apa pun...sure ada yg aggap bukan2,ye la faham3 aja la kan..hehehe..takpe ALLAH ada sentiasa dekat dengan kita.

BAB 1

**Selepas selesai kenduri,bulan depannya..Cik na dpt berita baik yg cik na hamil 1month++
ciri-ciri hamil boleh rujuk pada entry lepas ya!!
masa jumpa doc..doc suh test urine..dia tak tanya pun dh lewat period ke tak,tanya dah kawen ke blum..then suh test urine...
cuma nak cerita masa hamil ni mmg cik na alami la morning sikness yg teruk,start dari awl kehamilan sampai lah 6 bulan kehamilan cik na..mmg sure2 lembik..
yang tak tahan nya..muntah tu tak kira la pagi,tgh ari,malam..ikut suka hati je..bila bangun je dr baring..sure2 mmg muntah..letih benar..
if jalan naik kereta lg la menjadi jadi uwek-uweks nya..haih!!
tapi ingat ya!!bila jadinya morning sikness @ muntah2 ni..tandanya kandungan sgt2 baik..pertumbuhan bayi mmg baik sbb nya hormon kita menunjukkan berlaku nya perubahan mendadak..so tanda bayi kita berkembang baik..tapi,yg tak bagusnya ibu2 akan jd hidrat..kdg2 smpi kena masuk drip air..sbb dh takde tenaga..
masuk kandungan 3 bulan cik na dah pergi buat buku merah,masa ni la start dah ulang alik ke klinik,nak2 sbb cik na ada masalah kurang gula dan darah (HB)bukan yg tekanan tau..kandungan darah..yg lawaknya..ada satu sesi tu..kena puasa la of course malam tu...pagi2 minum air gula..bacaan 5 ..lepas sejam minum air gula..(ibu,mama,emak2 pernah minum je yg tahu mcm mna fobia nya air gula) :p
test balik...kelakar...tinggal 3.5 je bacaan gula dlm badan cik na..nurse ckp la..bukan kelakar ni dik,sbb apa adik gelak..hahahaha :)

BAB 2

**Bila berakhir stage 1,stage 2 masih lagi cik na alami muntah2 sehingga kandungan 6 bulan,tapi tak semua yg akan alami muntah2 ni,janganlah aggp bila tak muntah,bayi tak okay pulak ya!!ada juga ibu2 yg tak alami muntah2,kira bernasib baik la..untung...baik mereka sihat juga..lepas je kandungan dah lebih 6 bulan,dh berkurangan la gejala tue..masa ni baru nak start makan banyak..hurmm..paling suka pisang emas,pisang lemak manis,segala jenis berkenaan pisang,roti canai pisang..huhu best..buah kurma,dan satay ayam..tok sah ckplah,kalo dpt je makan mmg rasa diawangan...hahaha..syokk kan...tak kira masa..pagi buta pun kalo nak,terpaksa la en suami yg mencari..hai la anak..
ha yg ni paling best yg berlaku..cik na acctualy tak makan nasi dr form 1,ntah npe la benci sgt nasi,tgk pun geli..puas dh berubat bagai..tapi allhamdullilah..bila dah hamil,masuk kandungan 4 bulan,cik na teringin makan nasi lemak,en suami punya xcited..terus cari..mula2 nak makan..mcm takut2..habis sebungkus tau!!tapi lps tu habis keluar balik..sbb dh berbelas tahun tak makan nasi..Allhamdullilah dh makan sekarang.Syukuran :)

BAB 3

**Bulan ke 7 ni start bulan penuh mencabar bg cik na,satu malam..cik na rasa kekejangan kaki sgt2..mcm ada rasa bola2 besar ping pong..duk bergerak2 kat betis..huhuhu sakit tau..sampai menitis air mata..kaki tak boleh angkat..kejutkan en suami..dia tlg angkatkan..cik na ingat dh nak lumpuh...hahaha,pastu lepas angkat tak rs lagi dr pinggang ke kaki..lps en suami urut baru la rs sikit kaki,pastu baru leh tdr...tgh2 tido,ttbe cik na rasa cm ada benda keluar,haih..aku ni period plak..mse tu igt mimpi,rupanya...eh aku kan pregnent..cm mana lak period..hoho..then terus sedar,tgh takut2 ntah apa yg kuar..cik na bangun dr katil,then terus buka seluar..tgk kat panties..OMG!! ada darah ...ah sudah..masa tu cik na igt dh nak bersalin..maklum la..kan 7 bulan boleh bersalin..ckp kat mak,mak suh g hospital,tak la gopoh sgt..siap pelan2..then pergi hospital..pergi2 nurse tanya,banyak ke??cik na ckp la..tak la banyak sgt..cuma sebesar penumbuk gtue..pastu start la dah..cek bawah..jolok sana sini :(
pastu diorang suruh balik..mudah je kan..:[

BAB 4

**Lepas balik dari hospital,dh takde dah turun darah tue..tapi berjalan pun pelan2..mase tue cik na tggu masa sakit bersalin je..kut2..mmg tanda bersalin lah kan..
hurmm..tapi pagi pukul 2@3 la kureng igt ,dah lama,cik na nak kencing..tapi ntah npe tergerak nak kencing dalam bilik air,bukan toilet..cik na ddk la cangkung kan,pastu rasa ketat kat tempat kencing,ttbe pluppp...keluar seketul darah besar plak tue..pastu braaa...keluar fresh blood..banyak plak tue..cik na cuba berdiri...lagi banyak keluar..pastu cik na menjerit panggil en suami,tapi tak dengar pulak,cik na pergi bilik then en suami keluar lah tgk..terkejut dia,pastu en suami panggil ayah..mase tu ayah ada lagi,ayah bawa toarch light
(panic punya pasal smpi bawa toarch light,padahal lampu ada hahaha)
ayah g suluh kat toilet takde kata dia..pastu cik na ckp la kt bilik air..bila ayah tgk..terus dia ckp g hospital cepat..en suami tak panic,ayah pulak panic..sampai pakai seluar tapi kunci kereta tinggal.. :)
Sampai kat hospital,terus g emergency room,nurse call doctor..so malam tu bermalam la kat ctue..

BAB 5

**Di hospital,semalaman..cik na tak tido..cik na takut apa2 jadi pd kandungan tue,pagi tu..nurse ada bagi kertas utk tick pergerakan baby..dia kata kalo tak bergerak sekurang kurangnya 10x..dalam masa 24 jam,makne nya x ok.tapi masalahnya...dalam masa 1 jam je dh lebih 10x,hahaha..mula2 nurse igt tipu la..of course la kan..mcm x logik je,pastu dia pantau sendiri,last2 baru percaya dan call doc..
mase tenghari,en suami dtg,dia teman g mandi,hmmmm masa mandi ni la,ttbe turun balik darah...terus panggil nurse pakai button..nurse dtg tanya banyak mana..then doc buat scan kata masalah uri bawah..type 3. :(
Doc refer ke hospital temerloh..dah sampai temerloh apa lagi,jadi bahan kajian la..
seluk sana sini,pastu baru masuk wad,brapa lama nak masuk ke wad dr emgency??tok sah tanya :[
Masa dlm wad,banyak la soal jawabnya..dengan nurse,doctor,jiran katil..haihh..kena story benda yg sama..hahaha...lebih kurang 5@6 hari dlm wad..darah dh x trun,so doc bagi balik..yeay!! selamat.

BAB 6

**Masa kat rumah sempatlah ddk dlm 3,4 hari..pastu darah turun lagi banyak,sbb doc mmg ada pesan sebelum ni,if nak balik..kena berjaga-jaga,sbb nya kes uri turun ni,boleh membahayakan nyawa ibu dan anak(boleh mati)
sbb bila tahap dh teruk,darah akan mengalir keluar mcm air paip!!
mase tu dlm hati,ye ye je.. :P
takkan lah nk ddk wad dr 7 bulan smpi bersalin??:( sedihnya bila doc kata mcm tue..jauh dengan en suami...last2 asyik nangis,nurse inform doc cik na nk ddk rumah,then kena sain borang..apa2 jd hospital tak tanggung...
berbalik pd darah trun lg bnyk tue..g la cpt2 ke hospital,masuk wad balik..rasanya ada la 5,6 kali duk ulang alik sampai bersalin..
pagi jumaat kat wad..mase tu lagi beberapa hari nak masuk 8 bulan,mase tu en suami ada,then sampai waktu tengari en suami kata nak balik sekejup,nak solat jumaat..tp cik na rs tk sedap hati..mula la buat hal,melambat lambatkan en suami dr balik,hehe..ajak en suami teman g toilet dulu,nak kencing..mase kat toilet dengan ada drip air la apa la..huhu susah..cik na pun cangkung la..tandas ddk tkde,mase nak buang air tue..ttbe rasa satu flush besar..owh bnyk betul kencing dlm hati,pastu non stop,tp rs kencing dh stop..cik na pandang dlm tandas..Ya Allah!! penuh darah..cik na try bangun sambil kepit kaki..takde makna,,,darah non stop mengalir mcm air paip...dlm hati betul la kata doc.. :(
panggil nurse..dia dtg tgk..berlari-lari g depan call doctor..
Haiii..kena refer ke temerloh jugak...
lupa lak..hari yg masuk wad ni,doc dh suh inject untuk kuat kan peparu dan jantung untuk baby..rasanya 3x inject kena habis dlm sehari..kena inject d punggung...tuhan je tahu betapa sakitnya inject tue..sampai jd fobia bila nurse ckp jup lg nk inject,sbb lps inject ddk tak boleh..berjalan sakit..serba serbi tak kena..
nangis je la..tapi sbb baby cik na kuat!!
Last2 baru tahu nurse ckp inject tu mmg paling sakit dr ubat2 lain..patut la...sabar2

BAB 7

**Sampai di hospital temerloh,ke emergency lagi la..mcm2 kajian (seluk masuk alat besi yg mcm mulut itik tu )dan pertanyaan tiap kali tukar doc dan nurse..tapi sedih..ada satu doc lelaki sampai skrg cik na igt muka dia,sbb dia nampak ambik kesempatan sikit..dia bukan doc yg incharge bahagian cik na..ttbe dtg,tanya bleeding ya?so cik na jawabla,,ya..then dia trus buka kain,ngan pad cik na..tgk gtue je..pastu tk ckp apa2 terus blah!!hurmm kalo betul dia niat ambik kesempatan..mmg cik na tak maafkan :[
pastu dtg doc scan2..kata uri bawah type 3,kena operate ni..huhu sedih :(
pastu masa nak tolak ke dlm bilik khas..ada doc cina,dia pakar perbidanan,penpuan..dia suh tolak ke bilik scan semula..then dia scan2 kata..mana ad uri bawah..elok aje..kepala baby kat bawah okay je..fuhh lega..malam tu stay kat wad..sbb doc suh puasa dlu..smpi la 4 hari kena puasa..bayangkanlah..kalo bulan puasa,magrib dh buka kan..ni tak..bila tanya nurse cik na dh boleh makan ke?nurse ckp eh,tak boleh takut awk kena operate..dh tue smpi bila nya tak makan?ini dah lebih dr puasa ni..just boleh minum air ikut sukatan..seksa nya...

BAB 8

** Malam hari terakhir sebelum bersalin..lagi teruk keluar darah banyak..ngan ketul-ketul lagi..dah tue..kajian lagi la..tiap kali tukar doc..kena seluk sana sini..haih mcm patung dah ya...takpela demi baby..cik na redha..pagi tu doc dh mta cik na dhantar le labour room,doc kata cik na dh kena bersalin secara paksa dah..sbb baby punya hearts dah lemah..pukul 7 dah di hantar ke labour rooms,tapi doc penpuan tu tak sampai lagi..masa tgh tggu doc gurl tu ad doc lelaki muda yg jaga cik na,dia okay..tak la ambik kesempatan..masa nak cek jalan sbb darah banyak keluar,dia labuhkan kain yg cik na pakai..dia tak pandang pun..cik na suka cara dia,tak sama dengan doc gemuk pendek yg kt emergneyc tu :[
Dalam pukul 9 doc gurl tu dtg,orang melayu,kecik je..hitam manis,mula2 dia kata nak masuk ubat je dlu tgk mc mna..tapi bila check hearts baby dia kata takut bahaya kalo lmbt nt..then dia pecahkan air ketuban..cara dia masuk kan tangan mcm cek jalan tue..tapi ni lagi dalam,mcm dia nak try tarik2 satu benda,lama juga la..pastu dpt rasa dia cubit sesuatu..dan dia mta stick yg mcm batang ice cream tue pd nurse..dia cucuk kat benda yg dia cubit tu..ttbe terus rasa basah..
dia ckp air ketuban cik na pun dah darah bukan air lagi...
jadi siap pecah tu doc tu kata tunggu je la sakit nak bersalin,biasa fisrt birth akan buka 1cm,1 jam..tapi bergantung pd org juga kata dia..

BAB 9

**Dari 9.15 am selepas prosedur tu..cik na tunggu je la sakit bersalin tue..takde lagi 1 jam pertama..masuk pukul 11..nurse masukkan drip ubat apa cik na tak tahu..mase ni cik na dh rs dh mcm sakit pinggang..darah still keluar mcm biasa..sakit tu makin kerap..doc tanya cik na ckp tak sakit mana...sbb dh tk bleh beza sakit trun darah ke nak bersalin...hahaha
pastu makin lama makin sakit kat punggung..doc dtg check hearts baby makin tak okay..doc suh pusing kiri baru baby okay..tapi cik na tak selesa mcm tue..ttbe cik na rasa nak buang air besar..tapi perut banyak wayar..en suami tanya nurse nak angkat turun g buang air besar..nurse kata tak boleh..nak buang kena buang atas katil je ambil bekas dia..xoxoxo
en suami pun ambik la bekas..dh cik na tak tahan rasa nak membuang..ku gagahkan diri la cuba untuk membuang atas katil..teran punya teran..tak keluar juga,tapi rs mmg dh nak keluar..cik na ckp kat en suami..tak bleh keluar la...agknya tak selesa kut membuang atas katil..pastu tak jadila cik na kata..perut makin tak selesa..teringat nurse kata kalo sakit sedut gas kat atas kepala tue..then sakit ni lain mcm dah..
masa ni dah tak teringat dah en suami ada sebelah..mula lah mencari-cari mana gas tue..sampailah en suami yg hulurkan..baru lah igt dia ada..hehehe sorry ya..
bila cik na dah sedut gas tue..rasa mcm hilang terus sakit..mcm di awan awangan..syokk!!
tapi sekejup je, sakit lagi teruk lepas ambik gas tue huhu..

BAB 10

**Lepas dah ambik gas tu beberapa kali..cik na rs ad satu benda yang besar nak keluar..pastu en suami ckp pd nurse..nurse tu panggil incharge dia..(Ketua nurse cina) so cik na ckp la..dah nak bersalin ni..dia kata tak mungkin..anak 1st lambat..tapi masa tu cik na dh rs mcm meneran lagi teruk pd nak membuang air besar..so nurse cina tu cek la..dia kata darah je seketul besar yg keluar..masa dia ckp gitue..cik na lagi rs nak meneran..pastu cik na menjerit la...nak bersalin dah rasa nya ni..pastu nurse cina tu cek la jalan..tak sampai brapa saat dia masukkan jari dia..terus dia ckp..owh dah fully open...dah nak bersalin..semua terkejut..cik na tak terkejut pun..dah ckp dr tadi..pastu bila rs nak push tu..dia suh push kuat2..dah la ank 1st mana la pandai...masa tu dh rasa lemah,mamai dah...dh la puasa 5 hari..tak makan,minum pun dlm segelas je kut slama 5 hari tu..mana ada tenaga dah cik na..then dia ajar,push bawah dagu..jangan keluar sore..hehe..try2..ttbe ada satu rasa besar,berat trun kat tut2...nurse terus ckp kepala dah ada kt tut2..dia suh push lagi..dh nak keluar..masuk balik..cik na masa tu dah tak larat dah..suara2 org dlm bilik tu dah jadi sayu2 je...mcm dlm mimpi...cik na ad rasa org pukul kaki suruh bangun...tiba-tiba pemandangan cik na dah kabur..dah makin gelap..cuma dengar org bercakap dari jauh je...sunyi rasa..then cik na dengar ada satu suara ckp bangun2,jangan tido nt awak kena operation..baby tk selamat...bila cik na dengar mcm tu..terus cik na tersedar..mcm bangun dr nightmare,pastu cik na try push sampai terkeluar suara..huhu..punya la x pandai push..last2,3x try push tak berjaya,nurse terpaksa gunting,mase nampak gunting mak aii!!bapak la besar..siap cik na tanya lagi..sakit ke ni...hahahaa..pastu nurse tu ckp..sy nak gunting ya..rasa cm zrappp...mcm kita gunting kertas yg tebal..mcm tu la rs..tak sakit pun..
then baby pun keluar dgn push yg ke5..terus kempis perut cik na serta merta..then nurse tu tanya...baby apa..cik na jawab..baby boy..(lahirla putera cik na dengan berat 2.5kg sahaja dengan kandungan 8 bulan tepat waktu tue..)sambil rasa swing2 lagi..pastu baby boy cik na pun menangis..mendengar suara baby boy cik na..segala sakit dan apa yg cik na lalui hilang serta merta..tunggu nak peluk  cium bau baby. :)

BAB 11

**Lepas baby dah dibawa keluar utk prosedur seterusnya..diorang gosok2 perut cik na..tengah gosok2..pluppp!!ada sesuatu keluar..cik na ckp..Ya allah darah keluar lagi nurse...nurse tu ckp..bukan dik,tu uri..hahaha.
pastu smpi 3 doctor yg masuk sbb nak tahu uri yg keluar ok ke tak..sbb nya ada bleeding..kan kes uri bawah pun bukan..jd masalah cik na tu rupa-rupanya..adalah kehamilan kembar darah dengar2 mcm tu la katanya..satu jd baby,satu lagi darah sahaja.So prosedur seterusnya adalah waktu jahit menjahit tut2..huhu..masa bius sakit woiii...
siap jahit semua..nurse pun keluar nak ambik my baby..tapi ttbe perut cik na tk selesa..nak muntah..nak panggil nurse dh keluar..nak cari button...tak jumpa..last2 termuntah la kat lantai..muntah hijau yg pahit tue...!!huh!
tapi nurse tak marah pun dia kata muntah kan aje..akan ada org cuci nanti..
nurse kata tu kesan2 dari ambil gas tadi..mmg biasa orang akan muntah..baru la cik na tahu.
nurse pun bawa la baby cik na,dia letak atas dada...suh susukan..tapi cik na tak pandai..kan anak 1st..malu2 pun ada..geli2 pun ada..hahaha teruk kan..tapi susu tak keluar lah pulak..sedih.

BAB 12

**Cik na akan dihantar ke wad..masa tolak tu,nampak ayah,mak,ngan adik di pintu lift..ada ke diorang lambai je tak dtg pun dekat..dalam hati napa ya??tak xcited ke nak tgk baby..ayah siap ckp ayah jumpa kat atas..cik na pun diamkan aje..hahaha
masa dlm wad,en suami,ayah,mak,adik,masuk..mak terus g jumpa peluk cium cucu dia la..ayah tak,ayah dtg peluk cik na..ayah ckp syukur anak ayah selamat,terima kasih melahirkan keturunan ayah..sedih cik na dengar..pastu dah habis bab sedih2 tu..cik na tanya la..tadi napa tk dtg terus kt lif tgk baby??pastu diorang kata apa...lah ingat tkde sekali atas katil tadi..sbb en suami kata ada dlm cermin..kan tak ckup bulan..hahaha,patutla diorang nmpk cm tak xcited!
kalau nak ikutkan mmg kena masuk cermin,if tk ckup berat @ kurang dr 2kg..tapi syukur berat juga 2.5kg..ntah ddk kat area mana dlm perut...sbb perut cik na smpi 8 bulan pun leh pakai jeans..kecik je...
tengah sembang2...ttbe cik na rasa khayal..rasa mcm rasa masa nak bersalin tadi,pastu cik na nak ke toilet..tapi tak larat betul..sbb mata dah kabur..family ckp kat nurse utk buang PP kat bed,tp nurse tu kata,tak boleh mcm tu..semua ibu2 lps bersalin kena bangun dari katil..tapi cik na dah kata mmg tak larat sbb bleeding banyak..dia jwp smua org bersalin mmg akan tumpah darah,dia tak bce rekod ke?dlm hati cik na..
Pas tu,dia teman cik na g toilet..masa dlm toilet,cik na kata dah..sy pening ni..takpe sy tunggu kata dia,ttbe cik na tak sedar terus..cik na sedar lepas rasa ada orang tepek2kan kepala muka cik na ngan air..baru la cik na sedar..pastu ramai la yg dtg angkat..sape angkat pun tak tahu..sakit jahit lagi...pastu kecoh la wad tu ..doc dtg nak masuk drip..tapi jarum2 semua tu dah tak bleh nak masuk dah..pembuluh darah dah tak fungsi..masa diorang duk cucuk2,sikit pun cik na tk rs sakit..dengar diorang ckp pun dah sayu2..mcm jauh sgt..en suami kata,badan cik na dah terketar-ketar..tapi cik na tak tahu pun..last2 ada sorang doc dpt la ambik sikit je sample darah...rupanya darah cik na dah tinggal 8hb je..tapi diorang tak buat apa2 pun..esonya dah discharge.

BAB AKHIR

**Balik je rumah,tiga hari selepas tu,cik na kena bawa baby utk check up,baby kuning sgt2..tengah2 cek baby..doc ckp,eh cik ni tk sihat ke?cik na jawab la,sihat je..biasa la letih lepas bersalin,pastu doc tu ckp,tapi cik pucat sgt ni...pastu cik na ckp la..ye ke..tk perasaan plak saya..sy kena test darah ngan gula cik ni..pastu doc tu pun check la pakai yg pam2 tu..rendah..ambik darah..tunggu reasult..last2 kecoh la klinik tu..gula cik na tggl 2 je bacaan,darah dalam badan(HB) tinggal 6 je...bahaya sgt kata doc..dah kena htr ke hospital by ambulans..doc kata biasa org lain dah pengsan dah..pastu doc tanya la,kat temerloh tak check darah ke..cik na kata la ada,last cek 8hb..pastu doc tu pun call hospital tu..kata kenapa tak masuk terus darah..sebab normal adlah 12HB...hurmm..ddk di wad la cik na beberapa hari..
balik dari rumah ingat dah selesai..nasib cik na la,jahitan terbuka...kena la berjahit semula kat klinik,3x cik na kena jahit semula..tambah masa jahit bersalin kira 4x la,Allah je tahu sakitnya mcm mna..nasib badan la..3 bulan lepas bersalin pun tak okay lagi..baby dh masuk 4 bulan baru buat majlis akikah dengan cukur jambul..sedih rasa...banyak betul dugaan cik na kan..tapi bila pandang pada baby cik na..hilang semua sakit tu..rasa bangga dapat melahirkan zuriat untuk en suami..
Syukur dah 8 tahun pun baby cik na...dah jadi handsome boy dah pun.. ;)
Lahirla zuriat cik na yg 1st pd 1 feb 2008,dengan berat 2.5kg pada pukul 12,47 tengahari
Muhammad Dannish Fikri(kebijaksanaan semula jadi yg terpuji)
kat bawah ni pic dia..
ok la akhirkata..terima kasih tetamu yang singgah,tak lupa juga warga hospital yg banyak membantu,andai ada salah dan silap dimaafkan..juga terima kasih yg tidak terhingga pada en suami yang sentiasa ada di sisi cik na..love u..
Tahniah kepada yg bakal bergelar ibu atau sudah bergelar ibu,yang belum ada rezeki,jangan putus asa,berdoalah...mudahan akan dimakbulkan..bye2. :)

5 months

7 & 8 Months

                                                                                                         3 Years :)
                                                                                             
#Terima kasih bagi yang sudi membaca dengan panjang lebarnya cerita cik na
#Sekadar berkongsi pengalaman
#Untuk bacaan anak2 di masa hadapan nanti :)

** Anak cik na dah 8 tahun,tapi cik na belum ada rezeki untuk hamil lagi,tapi hujung tahun lepas,cik na berjaya hamil,malangnya..rezeki tidak berpihak pd cik na..nanti cik na akan share pengalaman dan tanda2 keguguran okay!!
tq very much pd yg sudi singgah..Assalammualaikum.