Ahad, 13 Disember 2015

first story...my story :)

Assalammualaikum,salam sejahtera.

     Allhamdullilah,syukur kerana masih bernafas pada pagi ini pd time 2:02,isnin 14 disember 2015 pagi,terjadinya buat pertama kali selepas bertahun-tahun nak cipta satu BLOG SENDIRI ni...Akhirnya Berjaya yeay!!! Bagi meneruskan penceritaan akan datang lebih manis lah kalo-kalo cik na memperkenalkan diri cik na...dan all my loving in the world..sesiapa yang sudi berkenalan dan menambah ikatan persaudaraan di persilakan sangat-sangat,sesiapa yang tak sudi tidak la cik na memaksa:)
ok la,bermulanya cik na berada di Dunia ini ,cik na telah "dicreatekan "boleh ke ayat ni :P oleh kedua-dua pasangan yang tersangatlah manis,"ayah,mak"love u both:)
pada tanggal 27 mei 198..(rahsia la kot..)hehe
terima kasih tidak terhingga kerana menjaga saya dari kecil sampailah dah ada family sendri ni mak,ayah...ini dia kedua my love cik na..jeng2..
   sweets kan..:)...tapi Ayah dah pergi meninggalkan kami pada 10 jun 2014
   semoga ayah tenang disana ,ayahla lelaki dan insan yang paling baik bagi cik na:(
   nanti saya akan ceritakan bagaimana Ayah pergi meninggalkan kami..
   Insyaallah..

Berbalik kepada Pendahuluan...hehe :)

cik na dilahirkan di Pahang..jadi kawe orang pahang tau..met ade ke urang pahang dalam blog nie yekk??hahaha(lorghat pahang banyak jenis pening nak mengajuk nye weh!!)huhu..
nak diceritakan dari kecik sampai habis sekolah pun kat pahang la jawapnya...
so,sekolah rendah,menengah semua kat pahang cuma bezanya Daerah je la..

Saya sekolah tak lah tinggi...dapat lah nk buat DIPLOMA asalnya..lepas ..tapi takde rezeki terhenti sesuku jalan je..hahaha..so tarafnya SPM je la..#hint#di Pahang!!upsss..

so,lepas dh naik umur 19,Cik na telah mendirikan masjid..(cepat gamoknya kan...dh jodoh,cinta pandang pertama raya haji...hahaha)
banyak juga dugaan nak di tempuh..tapi kuasa ditangan ALLAH..so akhirnya kami bersatu jua..ALLhamdulliah..syukur..kerana menemukan cik na dengan seorang suami yang banyak mengalah walaupun dia yang betul..kadang2 je hehehe!
Selepas 6 bulan Diijabkabul menjadi yang sah dan Halal..kami mendapat berita gembira dikala saya HAMIL..walaupun ketika itu keadaan keewangan masih lagi bertiup kesana kemari..ha??hehehe!nanti cik na akan ceritakan tanda-tanda hamil dan pengalaman saya semasa hamil..wait ya!!
Dan akhirnya keluarlah Putera sulung kami..Muhammad Dannish Fikri(kebijaksanaan semulajadi yang terpuji) pada februari 2008 dengan berat 2.5kg pada kandungan 8 bulan...terkejut x??!!hehe tunggucerita nya yea.. sekarang dah nak masuk darjah 2 dah nxt year,sekarang dia tengah berpantang selepas berkhatan baru-baru ni..nanti cik na akan cerita kat mana cik na ambil pakej berkhatan,dan apakah kaedah yang cik na pilih untuk anak cik na Dannish....mesti semua tertanya2 dia ada adik ke tak kan...jawapanya....TIDAK!!! :(
Sebenarnya cik na dah tunggu bertahun untuk second baby..but..im pregnent again yeay!!!tapi...:( pada september baru ni malangnya juga bukan rezeki cik na..so pada next entry nt cik na akan ceritakan bagaimana cik na keguguran dan tanda-tanda yang cik na alami..Insyaallah!

Tak lupa juga cik na cuma 3 beradik je..cik na anak kedua..ada abang.ada adik perempuan..tapi dah macam member dah dengan adik tuh..huh!
abang, cik na panggil ablong..adik cik na panggil Pikah je,nama dia la..
beza umur cik na dengan ablong 4 tahun,dengan adik cik na 5 tahun.

Yang lain..cik na ada kucing,rabbits,angsa,ayam,itik,sugar glider,heg hog,ikan laga,arowana,ikan hiasan macam ikan bawal tue..cantik !!dan yang paling orang tak sangka cina ada "KUDA"Heheeee(biasa kat kelantan terengganu je tak pelik)hehehe
biasala pencinta haiwan..nanti berkenaan binatang ni pun cik na akan ceritakan jugak...jadi memang banyak jugak untuk diceritakan dan untuk dikongsi bersama...bagi yang nak berkongsi la..yang tak sudi its ok! dont worry..
jadi boleh la kita bertukar pandangan dan pengalaman nanti kan..
so cik naHadiahkan beberapa keping pic family cik na untuk dikenali jeng...jeng


                         Dari kiri my Mak,My Husband,My self,My sister Pikah,My bro in law,Rais
                                                     and of course my son M Dannish Fikri

So berakhirlah panjang lebar cerita tentang cik na and family..berharap ada yang sudi singgah di BLOG cik na ni..apa2 yang tidak puas hati atau tidak kena cerita ini adalah BUKAN REKAAN ya..tidak ada kene mengena pada mana mana pihak melainkan diri kami sendiri,Penamatnya..diakhiri dengan ucapan..maaf,dan selamat berjumpa lagi..assalammualaikum.